PENEMUAN mayat seorang lelaki di kawasan kebun kelapa sawit menggemparkan penduduk dengan kedua-dua kaki mangsa berbungkus dengan guni.Kejadian dilaporkan berlaku di Desa Dadimulyo, Kisaran, Indonesia pada Khamis. Berdasarkan laporan, mangsa, Muhammad Imran dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang ke dalam parit di kawasan berkenaan.Ketua Polis Sektor Kota Kisaran, Inspektor Satu Riki Hamdany berkata, pemeriksaan awal menemukan beberapa kesan luka dipercayai akibat tikaman senjata tajam pada tubuh mangsa."Ketika ditemukan, mangsa tidak memakai baju dan kedua-dua kakinya berbungkus guni," katanya.Menurutnya, kesan kecederaan tersebut dikesan pada bahagian dada dan perut mangsa.Tambahnya motif dan identiti individu yang terlibat masih belum diketahui berdasarkan laporan awal. -Agensi