suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan kekasih ditemukan tidak bernyawa di rumah... Kematian misteri bongkar kisah duka 9 tahun lalu!

Bedah siasat dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian seseorang. -Gambar hiasan

SEPASANG kekasih ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di kediaman mereka, sementara punca kematian pasangan itu masih menjadi tanda tanya dan dalam siasatan pihak berkuasa.

Bridgid Biddy O'Brien, 45, dan pasangannya, Jamie McGinn, 38, ditemukan tidak bernyawa di kediaman mereka di Old Connaught Road, Bray, Ireland, kira-kira pukul 8 pagi Rabu.

Sumber memaklumkan, polis Ireland (Garda) setakat ini tidak mengesyaki wujud unsur jenayah atau penglibatan individu lain dalam kematian mereka.

Bagaimanapun, McGinn dilaporkan mempunyai beberapa kecederaan yang kelihatan pada tubuhnya ketika ditemukan di luar rumah, manakala tiada tanda kecederaan dilaporkan pada tubuh O'Brien.

Polis akan menjalankan bedah siasat terhadap kedua-dua mayat bagi mengenal pasti punca kematian serta membantu menentukan hala tuju siasatan.

Keputusan ujian toksikologi pula dijangka mengambil masa beberapa minggu untuk diperoleh.

Pasangan itu sebelum ini kehilangan dua anak mereka, Jordan, 4, dan Holly, 3, dalam kebakaran tragis pada Mac 2017.

Kebakaran berkenaan turut meragut nyawa ibu saudara mereka serta seorang sepupu yang masih kecil.

Tragedi kehilangan dua anak itu meninggalkan kesan mendalam kepada pasangan berkenaan, yang dilaporkan masih belum pulih daripada kesedihan daripada kejadian menyayat hati tersebut.

Siasatan berhubung kematian Biddy dan Jamie masih diteruskan sementara pihak berkuasa menunggu keputusan bedah siasat. -Agensi

Artikel Lain