suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penat mengasuh warga emas uzur, anak perempuan jerut leher bapa guna wayar elektrik ketika tidur!

Cubaan membunuh adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang. -Gambar hiasan AI

 

AKIBAT tidak tahan menanggung tekanan emosi ketika menguruskan warga emas, seorang wanita penganggur tergamak cuba membunuh bapanya yang berusia 82 tahun sewaktu warga emas itu sedang tidur nyenyak.

Suspek, Akiko Choji, 51, didakwa bertindak agresif dengan menggunakan wayar peralatan elektrik untuk mencekik leher bapanya sekitar pukul 3.35 petang pada Isnin.

Insiden kejam itu dilaporkan berlaku di kediaman mereka yang terletak di bandar Urayasu, wilayah Chiba, Jepun, menurut laporan media tempatan, Sankei Shimbun.

Kejadian itu mula terbongkar selepas suspek sendiri bertindak menghubungi salah seorang saudaranya dan mengakui dia berkemungkinan telah membunuh bapa kandungnya sendiri.

Tindakan pantas saudara berkenaan yang terus menghubungi pihak polis tempatan akhirnya membawa kepada pembongkaran kejadian tragis tersebut.

Ekoran serangan berkenaan, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri buat seketika sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan dan kini disahkan berada dalam keadaan stabil.

Ketika disoal siasat pihak berkuasa, suspek tanpa berselindung mengaku tindak-tanduknya itu berpunca daripada tekanan melampau sepanjang menggalas tanggungjawab menjaga bapanya yang semakin uzur.

"Saya terlalu tertekan kerana menguruskan bapa, sebab itu saya ambil keputusan untuk membunuhnya," akuinya.

Susulan pengakuan berkenaan, pihak polis telah menahan wanita itu bagi membantu siasatan atas dakwaan cubaan membunuh. -Agensi

 

Artikel Lain