KUMPULAN Insomniacks bakal melakar satu lagi pencapaian besar dalam karier seni mereka menerusi pelancaran album sulung berjudul Kami Insomniacks dijadual menemui peminat, 30 Oktober ini.Kemunculan album penuh pertama ini direalisasikan selepas hampir 11 tahun mereka membina nama, pengaruh dan bertapak kukuh dalam industri muzik tanah air. Album berkenaan memuatkan 12 trek lagu yang mengangkat tema kisah cinta, persahabatan, kekeluargaan, pengembaraan serta proses pendewasaan diri berdasarkan pengalaman sebenar yang dilalui bersama oleh setiap anggota kumpulan itu.Insomniacks dianggotai (dari kiri) Iskandar, Iqie dan Danial tampil dengan album sulung.Bukan itu sahaja, album sulung ini turut menyaksikan Insomniacks bergabung idea bersama barisan penyanyi dan komposer seperti Aziz Harun, Hael Husaini, Irfan Haris serta kumpulan XONE sekali gus membawa pembaharuan bunyi muzik mereka ke dimensi lebih segar.“Selepas hampir 11 tahun buat muzik bersama, akhirnya kami dapat kongsikan album pertama kami. Ia merangkum perjalanan, pengalaman dan apa yang kami pelajari selama ini. Kami memang teruja dan tidak sabar mahu semua orang dengar.“Banyak yang berubah dari segi bunyi, penulisan lagu dan cara kami buat muzik. Kami suka bereksperimen, tetapi untuk album ini kami mahu kukuhkan lagi identiti muzik kami.“Harapnya, peminat dapat kenal sisi lain Insomniacks sambil masih dapat merasai sentuhan yang mereka kenal selama ini,” ujar mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Insomniacks artis tempatan paling tinggi distrim, kekal sederhana tak kejar popularitiARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun bersama... Air mata Insomniacks tumpah di konsert sulungMenjelang hari pelancaran rasmi, Insomniacks terlebih dahulu membuka langkah menerusi siri jelajah pra-album merentasi tiga bandar utama bagi memberi peluang kepada peminat mendengar karya baharu mereka secara langsung di pentas.Jelajah tersebut telah membuka tirainya di Loft29, George Town, Pulau Pinang pada 19 September lalu dan diteruskan di Embrace Hall Music & Art Center, Skudai, Johor Bahru pada 3 Oktober.Kemuncak jelajah berkenaan bakal berlangsung menerusi sebuah persembahan di Odeon KL pada 31 Oktober iaitu sehari selepas pelancaran rasmi album mereka.Insomniacks bakal bertemu peminat melalui konsertnya di Odeon KL pada 31 Oktober ini. Menerusi konsert penutup itu, Insomniacks dijangka menghimpunkan seramai 1,500 peminat dan bakal mempersembahkan sebanyak 14 buah lagu merangkumi kesemua trek baharu daripada album Kami Insomniacks serta lagu-lagu hits terdahulu.“Kuala Lumpur memang tempat kami bertapak, jadi setiap kali buat persembahan di hadapan peminat di sini, perasaannya cukup istimewa.“Dapat mengakhiri jelajah di tempat sendiri menjadikan pengalaman ini lebih bermakna buat kami. Kami mahu semua orang berseronok dan menikmati keseluruhan pengalaman konsert ini,” katanya.Bagi peminat yang ingin menyaksikan persembahan kemuncak tersebut, tiket boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi di ticketoffice.ubertickets.asia.