suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zizie Izette pelik netizen dakwa arwah Bung Moktar tinggalkan harta RM 1.17 bilion

Zizie minta kemukakan bukti dakwaan harta peninggal suami berbilion ringgit.

PELAKON Datin Seri Zizie Izette terhibur membaca pelbagai dakwaan netizen mengenai kehidupan peribadinya bersama Allahyarham suami, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang tular di media sosial.

Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 47, turut mencabar individu yang mendakwa dia dan arwah suaminya memiliki harta bernilai berbilion ringgit supaya mengemukakan bukti.

Menurut Zizie, dia sendiri berasa hairan apabila orang luar seolah-olah lebih mengetahui kisah hidup mereka berbanding dirinya sendiri.

Zizie dedah dirinya menerima pertanyaan orang terdekat tentang dakwaan harta peninggalan suami.

“Baca cerita fasal diri sendiri dan arwah suami, kadang-kadang saya pun terhibur. Hebat betul, orang luar lagi tahu daripada tuan badan sendiri.

“Berbilion-bilion katanya, kalau betul sila tunjuk bukti. Janganlah main petik nama arwah dan sebarkan fitnah sesuka hati,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Kenyataan tersebut dibuat selepas dia dipercayai menerima pertanyaan daripada orang terdekat bahawa Allahyarham suaminya meninggalkan RM1.17 bilion dalam akaun.

Dalam masa sama, Zizie berharap orang ramai lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang dakwaan, apatah lagi suaminya sudah tiada untuk mempertahankan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizie Izette bidas tuduhan cepat ‘move on‘ selepas kematian suami... “Hampir setahun mungkin singkat bagi orang luar tapi hanya saya saja tahu“

ARTIKEL BERKAITAN: Zizie Izette panik di KLCC, anak hilang lima minit...“Saya pun cuai“

“Nak bergosip itu berpada-pada. Arwah dah tak ada nak pertahankan diri. Banyakkan istighfar, korang. Takut nanti dekat akhirat kena jawab satu-satu.

“Walau bagaimanapun, semoga kita semua dijauhkan daripada dosa fitnah,” kongsinya.

Berkongsi lebih lanjut, Zizie menjelaskan dia tidak pernah mendakwa hidup dalam kesusahan, malah bersyukur kerana masih mampu memenuhi keperluan diri dan anak-anak.

Mewah-mewah sangat itu tidaklah.

DATIN SERI ZIZIE IZETTE

PELAKON

Bagaimanapun dia secara terbuka menerima maaf daripada mana-mana netizen yang mudah percaya dengan apa yang dikongsikan di media sosial.

“Alhamdulillah, saya tak kata saya susah. Makan pakai cukup, bil boleh bayar, anak-anak boleh bersekolah. Saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya sekarang.

“Mewah-mewah sangat itu tidaklah. Kalau nampak saya membeli-belah, melancong atau menikmati hidup, tak bermakna saya ada kekayaan berjuta-juta ringgit.

Zizie bersyukur dengan kehidupannya ketika ini.

“Apa yang orang nampak di media sosial tak semestinya menggambarkan keseluruhan kehidupan seseorang. Apa pun, maaf diterima ya,” ujarnya.

Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009 sebagai isteri kedua. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata serta turut membesarkan dua anak angkat. 

Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember 2025 di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.

Artikel Lain