PELAKON Datin Seri Zizie Izette tampil membidas pandangan segelintir netizen yang menganggap dirinya terlalu cepat move on dan hanya meratapi pemergian Allahyarham suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk tempoh yang singkat.Zizie atau Zizie Izette Abdul Samad, 47, menjelaskan tempoh hampir setahun yang kelihatan cepat di mata masyarakat itu sebenarnya panjang untuk dirinya berjuang dengan emosi. Bagi Zizie, kebangkitannya kini memerlukan kecekalan yang amat tinggi selepas melalui saat-saat sukar secara bersendirian.Bung Moktar meninggal pada Disember 2025. “Bila orang kata, 'kejapnya dia sedih,' saya hanya tersenyum. Hampir setahun mungkin kelihatan singkat dari pandangan luar, tetapi hanya saya sahaja yang tahu betapa panjangnya sesetengah hari itu dirasakan.“Ia memerlukan keberanian yang amat besar untuk kembali bangkit dan rasa seperti diri saya semula,” luahnya menerusi satu hantaran di Threads pada malam Isnin.Mengulas lanjut, Zizie menegaskan dia kini mampu tersenyum kembali bukan bermakna kesakitan akibat kehilangan itu sudah hilang sepenuhnya sebaliknya tidak mahu membiarkan duka itu berterusan mengganggu kehidupannya. ARTIKEL BERKAITAN: Zizie Izette panik di KLCC, anak hilang lima minit...“Saya pun cuai“ARTIKEL BERKAITAN: “Orang buat macam-macam pun dia tetap maafkan“ - Zizie Izette terkenang arwah Bung Moktar selepas dengar kisah Rasulullah“Melihat saya tersenyum tidak bermakna saya telah berhenti berduka. Ia cuma bermaksud saya memilih untuk tidak berhenti hidup.“Duka dan bahagia boleh wujud dalam hati yang sama,” katanya.Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi sokongan daripada warganet di mana kebanyakan pengikutnya bersetuju dengan kenyataan itu. Zizie kini membesarkan lima anaknya bersendirian. Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009 sebagai isteri kedua dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata selain membesarkan dua anak angkat. Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember 2025 di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube