PELAKON dan pengacara Janna Nick memaklumkan dia tidak berasa sedih, sebaliknya gembira untuk meraikan rakan-rakan yang dikurniakan rezeki hamil walaupun dirinya masih berusaha untuk mendapatkan zuriat atau trying to conceive (TTC). Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, berkongsi perkara itu selepas dia tersedar dirinya tidak pernah dijemput oleh rakan-rakan ke majlis 'baby shower' atau pengumuman jantina bayi. Jelas Janna, kemungkinan rakan-rakannya bertindak sedemikian kerana mahu menjaga perasaannya.Hantaran Janna di Threads. "Pesanan sesama pejuang zuriat. Saya baru perasan kawan-kawan tak pernah jemput saya pergi majlis baby shower atau pengumuman jantina bayi. Acara lain, rumah terbuka ke apa, mereka jemput sahaja.“Jadi saya tertanya-tanya, adakah mereka takut saya sedih? Sumpah, saya tak sedih langsung."Sebagai seseorang yang sedang TTC, saya secara ikhlas tumpang gembira bila tengok orang lain mengandung, dapat anak, buat pengumuman kehamilan, semua itu," katanya melalui satu hantaran di Threads pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan sombong, tapi insecure!” – Janna Nick anggap diri selekeh, segan jumpa orang luarARTIKEL BERKAITAN: Kejam sungguh netizen, teruk Janna Nick kena hentam… Tergamak sentuh soal cahaya mataDalam masa sama, Janna mengakui ada ketikanya rasa sedih itu hadir apabila mengenangkan perjalanan diri sendiri.Namun, emosi tersebut tidak pernah menjadi penghalang buat dirinya untuk tumpang gembira dan meraikan rezeki orang lain.“Mungkin ada masanya kita rasa sedih dengan perjalanan sendiri, ya. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh meraikan kegembiraan orang lain," ujarnya.Janna dan Dini berkahwin pada Jun 2023. Untuk rekod, Janna mendirikan rumah tangga dengan pelakon Dini Schatzmann pada Jun 2023.Sebelum ini pada November 2024, Janna pernah membuat satu hantaran video di Instagram yang menunjukkan dirinya sedang menangis gara-gara sering diajukan soalan berkaitan zuriat. Malah membuatkan dia lebih kecewa apabila ada yang menuduh suaminya iaitu Dini Schatzman menghadapi masalah sehingga menyebabkan dia sukar hamil.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube