DISEBUT antara artis yang sombong ketika bertemu peminat, pelakon Janna Nick tampil menjelaskan salah faham ramai mengenai sikapnya itu.Kata Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30, dia lebih kepada kurang yakin diri kerana sifat semula jadinya yang tidak terlalu mementingkan penampilan semasa di luar waktu kerja. “Siapa artis sombong? Salah. Siapa artis insecure? Saya. Saya jenis bersiap bila kena kerja saja, kalau tak memang selekeh dan tak glamour langsung.Janna jawab dakwaan sombong.“Kalau jalan-jalan dan orang kenal, saya jadi malu. Saya tak anggap diri artis pun. Kalau orang tak tegur, saya anggap mereka tak kenal saya,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.Tambahnya, penampilan seperti memakai topi, hoodie atau pelitup muka bukanlah tanda sombong, sebaliknya kerana dia tidak bersedia untuk berdepan orang ramai.Dalam pada itu, Janna mengakui sejak awal pembabitannya dalam industri hiburan, dia tidak pernah benar-benar selesa dengan dunia glamor.Malah katanya, dia sudah beberapa kali cuba untuk menyesuaikan diri namun tetap merasakan ia sesuatu yang ‘palsu’.ARTIKEL BERKAITAN: Pernah raih keputusan cemerlang, Janna Nick tak sambung belajar demi cari rezeki untuk keluargaARTIKEL BERKAITAN: Kejam sungguh netizen, teruk Janna Nick kena hentam… Tergamak sentuh soal cahaya mata“Saya memang tak boleh masuk dengan dunia glamor. Dah cuba banyak kali tapi rasa fake dan penat.“Ada orang memang jenis suka melawa, rajin bersiap dan pandai styling. Contohnya macam Che Ta, sentiasa lawa. Saya pula memang tak pandai, gagal teruk,” ujarnya.Berkongsi lanjut, Janna turut mengakui dia berasa segan untuk menggelarkan orang yang menyokong kerjayanya sebagai ‘peminat’.Malah, dia melihat dirinya sebagai individu biasa dan sukar menerima hakikat dirinya mempunyai peminat sendiri. Bila duduk di London, mental saya lebih terjaga.JANNA NICKPELAKON“Saya nak sebut ‘peminat’ pun segan. Pada saya, saya manusia biasa saja, tak perlu nak minat saya.“Tapi saya bersyukur kalau ada yang minat kerja-kerja saya. Cuma saya tak pandai nak panggil mereka peminat,” jelasnya.Janna turut mengakui berasa lebih tenang ketika berada di luar negara kerana tidak perlu memikirkan persepsi orang sekeliling.“Bila duduk di London, mental saya lebih terjaga sebab rasa jadi manusia normal. Tak senyum pun orang tak anggap sombong.“Kadang-kadang saya menangis tepi jalan pun tak ada orang peduli, sumpah puas,” luahnya.Sementara itu, Janna meluahkan rasa syukur kerana bertemu suaminya iaitu Dini Schatzmann yang menerima dirinya seadanya, malah lebih menyukai dirinya tanpa solekan.Janna segan berjumpa peminat.Kata Janna lagi, dia tidak berdepan isu kurang keyakinan diri bersama suami, namun sentiasa berasa segan apabila berjumpa orang luar tanpa bersiap.“Saya memang naturally selekeh. Dini pula suka muka saya tanpa makeup.“Kalau saya pakai makeup, dia rasa macam muka saya kotor. Jadi saya lagi selesa tak pakai sebab love language saya physical touch. “Dengan suami, saya tak insecure. Tapi kalau jumpa orang luar, saya segan… terus rasa diri tu buruk,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!