USAHAWAN sensasi Liana Rosli mengakui hubungannya dengan Kak Nona kembali renggang dan memilih untuk tidak menjemput wanita itu ke rumah terbuka Aidilfitri anjurannya di The Urban, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.Kata Liana atau mesra disapa Kak KM, 45, keputusan itu dibuat susulan isu melibatkan anak saudaranya yang sehingga kini masih dalam siasatan pihak berkuasa. “Saya memang tak jemput dia. Sebelum ini kami sudah berbaik semula, namun apabila timbul isu berkaitan anak, saya tidak menyokong tindakannya dan memang tak nak jumpa dia.Kak KM pilih tidak mahu berjumpa Kak Nona (kiri).“Saya juga tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana perkara ini telah menjadi kes polis dan melibatkan hal keluarga mereka,” katanya kepada mStar.Berkongsi lanjut, Kak KM berkata dia tidak dapat menyembunyikan perasaan marah apabila anak saudaranya datang mengadu kepadanya mengenai apa yang berlaku.Malah, dia sudah menganggap mereka seperti anak sendiri dan percaya tidak menipu.ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM sedia berdamai, tahu Kak Nona berdepan masalah rumah tangga... “Ramai salah faham, saya sekadar teringat bukan rindu”ARTIKEL BERKAITAN: Ketiak Kak KM kemerahan disangka kurap, rupanya cuba produk tiruan“Sebenarnya semuanya bermula apabila anaknya datang berjumpa saya dan mengadu. Saya jadi geram kerana saya menganggap mereka seperti anak sendiri.“Memang saya ambil berat tentang mereka. Pada saya, tidak mungkin anak-anak itu menipu. Mereka bukan jenis yang bersosial, jadi untuk tiba-tiba mereka-reka cerita, bagi saya itu sangat tidak munasabah,” ujarnya.Dalam pada itu, Kak KM turut menegaskan soal keselamatan dan maruah kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi apabila ada segelintir pihak yang mengaitkan isu tersebut terjadi disebabkan cara pemakaian mangsa. Perkara seperti itu sama sekali tidak boleh diterima kerana ia adalah satu jenayah.KAK KMUSAHAWAN“Tidak kira sama ada anak sendiri atau anak orang lain, cara pemakaian seperti memakai skirt pendek atau berpakaian terdedah bukanlah alasan untuk sesiapa melakukan perkara tidak baik terhadap mereka.“Apa pun yang berlaku, perkara seperti itu sama sekali tidak boleh diterima kerana ia adalah satu jenayah,” jelasnya.Sebelum ini, hubungan Kak KM dan Kak Nona pernah dilaporkan dingin, namun mereka dilihat kembali berbaik pada bulan Ramadan selepas berkongsi video bersama di Instagram.Kak KM serahkan masalah Kak Nona kepada pihak berkuasa.Bagaimanapun, hubungan tersebut kembali keruh apabila timbul isu melibatkan dakwaan kes cabul berkaitan anak Kak Nona yang didakwa dilakukan oleh orang terdekat.Malah sebelum ini, mStar turut melaporkan bekas suami Kak Nona, Pak Edy mendakwa dua daripada tiga anak mereka mengalami trauma dan kini memerlukan bantuan pakar psikiatri.Difahamkan, laporan polis telah dibuat dan kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube