suria

Daiyan Trisha tak terdesak cari jodoh, masih tenang tiada yang menekan-nekan!

Daiyan Trisha tidak terdesak untuk mencari pasnagan hidup.

KESIBUKAN jadual kerja yang padat bukan alasan untuk pelakon dan juga penyanyi Daiyan Trisha mencari pasangan hidup. 

Tidak tertekan diajukan soalan mengenai jodoh,  Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 33, lebih selesa menyerahkan perkara itu kepada ketentuan takdir.

"Eh tak adalah terlupa pun (cari jodoh), cuma macam saya cakap, tak ada orang beri tekanan kepada saya. Ibu bapa pun tak dan mereka okay sangat. Kalau ada, saya okay, tiada pun okay.

Daiyan serah soal jodoh kepada takdir. 

"Saya rasa jodoh itu sesuatu yang saya tidak persoalkan pun. Kalau ada, saya tawakal sahaja. Tak adalah sedih sangat, tapi mungkin sebab saya sudah terbiasa hidup berdikari," katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai kehadiran lelaki yang cuba mendekati, Daiyan mendedahkan mana-mana individu yang ingin memenangi hatinya perlu melepasi halangan terbesar iaitu sistem sokongannya. 

"Ada yang datang mengurat apa semua, tapi dia bukan untuk bersaing dengan saya sahaja, sebaliknya dia kena bersaing dengan system sokongan saya yang paling kuat.

"Kita pun mungkin ada sebab kenapa Allah beri saya jodoh lambat, mungkin nak beri saya yang betul-betul terbaik. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kesian Daiyan Trisha... Tak dapat makan di Rembayung, kena scam RM120!

ARTIKEL BERKAITAN: “Hentikanlah benda mengarut ini” - Daiyan Trisha difitnah tukar agama ke Hindu

"Kalau saya boleh beri sebanyak ini untuk diri sendiri, maka saya nak pastikan jodoh saya itu nanti dapat beri lebih daripada itu," ujarnya. 

Ditanya mengenai kriteria lelaki idaman, Daiyan memilih untuk tidak meletakkan sebarang syarat khusus, sebaliknya percaya pilihan Allah adalah yang paling tepat buat dirinya.

"Lelaki yang diidamkan? Itu semua rahsia Allah. Bila dah sampai waktunya nanti, mungkin saya akan tahu sendiri," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain