suria

Kesian Daiyan Trisha... Tak dapat makan di Rembayung, kena scam RM120!

Daiyan kerugian RM120 gara-gara ditipu.

PELAKON dan penyanyi Daiyan Trisha menasihati orang ramai supaya berhati-hati daripada menjadi mangsa penipuan individu tidak bertanggungjawab, khususnya yang menjual slot tempahan restoran Rembayung secara atas talian.

Kata Daiyan, 33, perkongsiannya baru-baru ini bukan untuk menagih simpati sebaliknya sebagai peringatan supaya tidak mudah mempercayai mana-mana individu di media sosial sehingga menyebabkan kerugian wang ringgit.

"Sebenarnya kami beli slot tempahan tersebut daripada individu bernama Dayang dalam platform Threads.  

Daiyan minta orang ramai lebih berhati-hati. 

“Pada awalnya saya sudah rasa ragu-ragu. Jadi, kami pun macam bersedia sekadar 50/50, kalau kena 'scam', kami pergilah ke restoran lain. Jika ada rezeki, Alhamdulillah.

"Rupa-rupanya memang kena 'scam' dan nama individu berkenaan ialah Dayang. Saya masih simpan nombor akaun dia. Bila nak tengok balik, akaun Threads Dayang sudah tidak wujud," katanya kepada mStar pada majlis rakaman Melodi Raya di Saloma, Kuala Lumpur pada Selasa. 

Ditanya mengenai jumlah kerugian, Daiyan menjelaskan ia bukan jumlah besar namun simpati terhadap individu yang datang dari lokasi jauh dan menjadi mangsa penipuan itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Hentikanlah benda mengarut ini” - Daiyan Trisha difitnah tukar agama ke Hindu

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka alergi makanan laut… Daiyan Trisha dedah punca selalu sakit perut, kulit breakout

"Saya rugi sekitar RM120. Tidaklah terlalu marah sebab ketika itu saya tenang saja, cuma kasihan pada mereka yang mungkin bawa ibu bapa atau datang dari jauh seperti dari Kelantan atau Perlis nak makan di Rembayung, kemudian kena 'scam'.

"Macam mana dia boleh sanggup buat benda ini pada bulan puasa? Tanggunglah dosa," ujarnya.

Kata Daiyan, pada awalnya dia tiada niat untuk berkongsi perkara tersebut kepada umum namun sekadar ingin memberi peringatan kepada mana-mana individu yang berniat melakukan perkara sedemikian.

Daiyan terkilan ada yang sanggup menipu ketika bulan Ramadan. 

"Hari biasa pun tak okay, apatah lagi pada bulan Ramadan. Memang sangat tidak baik," jelasnya.

Sebelum ini Daiyan menerusi sebuah video berkongsi momen dia dan pasukannya menjadi mangsa 'scam' individu yang menjual slot tempahan restoran Rembayung baru-baru ini.

Dia juga sempat berseloroh mahu meminta Khairul Aming menangkap individu berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain