PELAKON Nur Fazura tampil mempertahankan seorang sahabatnya yang dikenali sebagai Chot selepas individu berkenaan menjadi sasaran kecaman di media sosial. Berkongsi tentang persahabatan yang sudah terjalin selama 17 tahun, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 43, menegaskan lelaki berkenaan banyak membantu perjalanan hidupnya. Malah Chot juga menjadi orang terdekat yang menguruskan anaknya, Nur Fatima. Komen balas Fazura di Threads. "Dia dah bersama saya selama 17 tahun. Menjaga Fatima dari dalam perut saya juga. "Menjadi satu-satunya sosok ‘lelaki’ di dalam rumah saya selama ini yang ada sifat tanggungjawab belikan susu, lampin dan segala keperluan Fatima. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fazura kecewa Fatima dicerca sejak lahir, terima panggilan bukan-bukan… “Siapa lagi mahu bersuara kalau bukan saya” ARTIKEL BERKAITAN: Nur Fazura dedah sudah dua tahun jadi mangsa buli netizen, tergamak mengata arwah bapa dan Fatima… “Nak suruh saya diam supaya terus ‘enjoy’ dengan gosip dan fitnah”"Ganti bulb lampu hingga tolong tukar tayar kereta. Orang lain pun tak mampu nak buat," katanya. Fazura menulis perkara tersebut dalam satu komen balas di laman Threads. Pelakon ini dalam masa sama menasihatkan agar tidak bercakap perkara buruk tentang sahabatanya itu secara terbuka. Fazura pesan jangan bercakap buruk tentang sahabatnya. "Bila Fatima sakit, Chot juga yang drive! "Jadi hati-hati bila bercakap, jangan sanpai akan makan diri sendiri pula," ujarnya. Terdahulu nama Chot menjadi bualan dalam kalangan pengguna media sosial yang mempersoalkan tentang hubungan rapatnya bersama Fazura.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube