PELAKON Nur Fazura menerima kecaman teruk daripada netizen sehingga melibatkan nama keluarga termasuk arwah bapa dan anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.Menurut Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 43, sikap segelintir individu di media sosial yang gemar mengkritik dan melemparkan kata-kata negatif membuatkan dia terpaksa bersuara walaupun memilih untuk berdiam diri sebelum ini. “Kadang-kadang kita diam tetapi mereka (netizen) lagi suka. Tapi bila kita ‘usik’ balik, mereka marah dan tak suka padahal kita gurau-gurau sahaja.Fazura dedah terima kecaman teruk sejak dua tahun lalu.“Mereka buat saya lagi teruk dengan mengata arwah bapa saya dan Fatima. Saya gurau sikit, mereka koyak dan marah-marah, kata saya tak classy. Sedangkan saya tak pernah pun kata diri saya classy,” katanya.Fazura berkongsi perkara itu ketika membuat sesi siaran langsung di akaun TikTok miliknya pada Khamis.Tambah aktres itu, tindakannya bersuara bukan bermaksud dia berniat mencaci atau mencarut mana-mana pihak, sebaliknya sekadar mempertahankan diri sebagai manusia biasa yang mempunyai perasaan.“Tetapi saya tidak mencaci atau mencarut mereka, tidaklah sampai ke tahap itu.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Secara rasminya, saya memang bersara” - Nur Fazura tolak berlakon dramaARTIKEL BERKAITAN: Fazura tak pernah lupa cinta pertama yang ‘pergi’ 14 September“Namun mereka marah saya lagi teruk. Jadi bila awak semua berkata, saya hanya perlu berdiam diri sahaja? Awak semua nak suruh saya diam supaya boleh terus ‘enjoy’ dengan gosip, fitnah dan mengata saya yang bukan-bukan.“Sebab itu tak nak saya bersuara, betul tak? Bila saya bersuara, mereka kata saya marah sedangkan sikit sahaja,” jelasnya.Bercerita lanjut, Fazura berkata dia sudah hampir dua tahun menjadi mangsa buli siber sehingga ada netizen yang sanggup menyebarkan fitnah terhadap dirinya.Fazura hidup bahagia bersama Fatima.Bagaimanapun, Fazura memilih untuk berlapang dada dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT kerana percaya setiap manusia akan menerima balasan atas perbuatan masing-masing.“Sudah dua tahun saya tak layan. Dalam tempoh dua tahun ini, saya kena macam-macam… saya dibuli dan difitnah.“Saya diam sahaja dan serahkan pada Allah. Kita semua manusia, Allah jadikan saya dan anda semua,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!