suria

Belanja pelajar sekolah rendah makan, tindakan spontan Siti Nurhaliza dipuji... “Panjang lagi legasi peminat beliau kalau begini”

Netizen puji sikap baik hati Siti terhadap pelajar-pelajar sekolah.

TINDAKAN spontan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membelanja sekumpulan pelajar sekolah rendah makan di sebuah restoran mencuri perhatian netizen di media sosial.

Dalam rakaman yang tular, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, pada awalnya hanya didatangi beberapa pelajar yang ingin mendapatkan tandatangannya.

Malah, ada dalam kalangan mereka sanggup mengoyakkan buku semata-mata untuk mendapatkan tandatangan penyanyi nombor satu negara itu.

Siti tidak kisah melayan kerenah pelajar-pelajar.

Tidak kurang juga ada pelajar yang menghubungi keluarga untuk memberitahu dia bertemu dengan Biduanita Negara itu. 

Selepas selesai melayan permintaan pelajar-pelajar berkenaan, Siti kemudiannya bertanya sama ada mereka sudah menjamah makanan atau sebaliknya.

Namun, seorang pelajar memberitahu mereka belum makan kerana masih bersekolah dan tidak mempunyai wang.

Tanpa berfikir panjang, penyanyi lagu Menamakanmu Cinta itu terus mempelawa mereka untuk makan bersama dan menaja hidangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lautan biru dan sorakan setia peminat dari seluruh rantau Asia, Siti Nurhaliza berdiri megah dengan tenaga luar biasa

ARTIKEL BERKAITAN: Lambang perjalanan kerjaya seni, menyanyi atas kren kenangan indah buat Siti Nurhaliza

Aksi spontan itu nyata menyentuh hati ramai apabila video berkenaan dihujani komen positif daripada netizen.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan penyanyi berkenaan bijak menarik peminat baharu.

“Alhamdulillah, rezeki anak-anak itu dapat makan Siti belanja.

Netizen sifatkan legasi Siti akan terus berpanjangan.

“Untung pelajar-pelajar tu, bukan senang dapat momen macam ni. 

“Pandai Siti rekrut ahli baharu Sitizoners.

“Panjang lagi legasi peminat Siti kalau begini,” tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain