suria

Ramai masih keliru nama sebenar Bront Palarae – “Kalau guna Nasrul Suhaimin nampak terlalu baik”

Bront kongsi sebab pemilihan nama pentasnya.

PELAKON Bront Palarae berkongsi alasan pemilihan nama pentas sejak awal kemunculannya dalam dunia hiburan adalah untuk memberi kelainan terhadap identiti sebagai anak seni.

Meskipun jauh berbeza daripada nama asalnya, iaitu Nasrul Suhaimin Saifuddin, namun baginya ia memberi impak berbeza apabila diberi kepercayaan untuk membawa pelbagai watak.

“Kalau saya guna nama Nasrul Suhaimin Saifuddin, nampak macam terlalu ‘baik’. Watak apa yang boleh saya bawa?

Bront sukakan elemen misteri pada namanya.

“Bila guna nama Bront Palarae, orang jadi tertanya-tanya saya ini siapa. Ia lebih unik dan ada misteri,” katanya kepada mStar.

Bront berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Warna Lebaran Ariani Fashion Show 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Rabu.

Dia menjawab perkara itu sebagai respons apabila kisah nama sebenarnya kembali menjadi sebutan disebabkan kekeliruan dalam kalangan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bront Palarae tumpaskan nama besar Thailand, menang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Baannang Klang Lakorn ke-21

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan tiada tawaran, Bront Palarae pilih naskhah berkualiti demi nama baik industri filem Malaysia

Mengimbau kembali awal kemunculannya dalam industri seni, Bront mengakui penggunaan nama tersebut juga pernah menimbulkan kekeliruan mengenai latar belakang agamanya.

“Saya sebenarnya sudah kongsikan perkara ini dalam beberapa podcast sebelum ini. Tapi nama Bront itu evolusi panggilan kawan-kawan sejak zaman sekolah, manakala Palarae pula adalah nama keluarga sebelah ibu di Thailand.

Bront bangga perkenalkan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

“Ada satu ketika dulu, bila saya beri salam, orang jadi tak berani jawab sebab keliru sama ada saya Muslim atau tidak. Tapi itu hanya di peringkat awal. Sekarang orang dah faham dan tak ada isu lagi,” jelasnya.

Sementara itu, Bront yang dilantik sebagai duta jenama Ariani menyifatkan kerjasama tersebut sebagai satu rezeki dan tanggungjawab besar dalam membantu mempromosikan produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

“Harapnya dengan peranan ini, saya dapat membantu memperkenalkan jenama tempatan ke peringkat antarabangsa sama ada di Indonesia, Thailand atau negara lain, secara tidak langsung mewakili Malaysia,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain