suria

Buat babak spontan, tak bincang lebih awal... Qi Razali terkejut dilempar kotak rokok

Qi anggap mana-mana pelakon perlu berbincang sebelum nak lakukan adegan spontan.

BERKONGSI pengalaman di set penggambaran, aktor Qi Razali pernah berdepan situasi mengejutkan apabila ada pelakon lain yang bertindak di luar jangkaan tanpa melakukan perbincangan awal.

Kata Qi atau Qushairi Mohammed Razali, 49, pengalaman itu mengajarnya tentang pentingnya komunikasi antara pelakon ketika berada di lokasi penggambaran.

"Pernah terjadi pada saya, seorang pelakon bertindak tanpa berbincang terlebih dahulu. Ketika itu, ada babak yang tegang, dia tiba-tiba mengambil kotak rokok dan membalingnya ke arah muka saya tanpa sebarang perbincangan.

Qi anggap tindakan spontan tanpa berbincang kurang menghormati rakan pelakon.

"Pernah terjadi pada saya, seorang pelakon bertindak tanpa berbincang terlebih dahulu. Ketika itu, ada babak yang tegang, dia tiba-tiba mengambil kotak rokok dan membalingnya ke arah muka saya tanpa sebarang perbincangan.

"Memang saya langsung tidak menjangka perkara itu. Sebagai seorang pelakon profesional, saya tidak boleh berhenti atau keluar daripada watak pada masa itu.

"Jadi selepas 'cut', saya terus bertanya kepadanya mengapa dia melakukan sedemikian," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Cha Eun Woo jadi mangsa basuh pinggan paling banyak dalam kem tentera

ARTIKEL BERKAITAN: Cha Eun Woo catat masa larian bawah satu jam, wajah kacak pula jadi bualan

Bercerita lanjut, Qi memberitahu bahawa babak spontan sememangnya boleh berlaku, tetapi selalunya selepas perbincangan awal supaya emosi dan aksi pelakon selari dengan konteks jalan cerita.

Baginya, tindakan sedemikian adalah tidak profesional dan kurang menghormati rakan pelakon.

"Sepatutnya, tindakan spontan hanya wajar selepas ada perbincangan terlebih dahulu. Spontan itu sepatutnya berlaku berdasarkan emosi dan konteks babak, bukan secara mengejut.

Qi sentiasa profesional ketika di lokasi penggambaran. 

"Jika perkara sebegitu berlaku tanpa perbincangan, ia menunjukkan kurangnya hormat kepada rakan pelakon, seolah-olah watak kita kurang penting berbanding watak dia sendiri.

"Kecuali jika dia adalah pelakon utama dan babak itu tiada kesan kepada watak kita, bagi saya cara itu tetap tidak elok," jelasnya.

Justeru, dia menegaskan komunikasi antara pelakon sangat penting untuk memastikan penggambaran berjalan lancar dan setiap babak dapat disampaikan dengan baik kepada penonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain