suria

Cha Eun Woo jadi mangsa basuh pinggan paling banyak dalam kem tentera

Hampir tiga bulan Cha Eun Woo jalani latihan ketenteraan.

KETAMPANAN pelakon Cha Eun Woo nampaknya tetap mencuri perhatian meskipun sedang menjalani latihan ketenteraan.

Dia yang juga merupakan ahli kumpulan Astro dipercayai terpaksa melakukan kerja lebih masa semasa berada dalam kem latihan berkenaan.

Menurut sumber terdekat, bintang berusia 27 tahun itu dikatakan terpaksa mencuci pinggan lebih banyak daripada rakan sepasukan lain setiap kali bertugas di dapur.

Eun Woo seronok nikmati latihan ketenteraanya.

Bagaimanapun, ia bukan kerana dihukum sebaliknya rakan-rakan tentera sengaja menyerahkan pinggan kepada Eun Woo semata-mata mahu berinteraksi dan melihat wajah kacak pelakon True Beauty itu.

“Anak bos saya masuk tentera sama dengan Cha Eun Woo. Kebetulan minggu itu dia ditugaskan mencuci pinggan. 

"Semua askar lain hanya beri pinggan pada Eun  Woo sebab nak tengok dia sahaja,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cha Eun Woo catat masa larian bawah satu jam, wajah kacak pula jadi bualan

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar konsert biasa, Cha Eun Woo janji buat penonton jatuh cinta kepadanya dalam tempoh 10 minit

Situasi itu membuatkan ramai peminat terhibur dan menganggap ianya lucu walaupun agak kasihan kerana Eun Woo perlu bekerja lebih keras berbanding orang lain.

Malah ada yang berseloroh menganggap dirinya rajin menyempurnakan tugas tanpa sebarang rungutan.

Untuk rekod, Eun Woo memulakan latihan ketenteraan pada 28 Julai lalu, malah sebelum berangkat dia sempat mengadakan siaran langsung di YouTube untuk mengucapkan selamat tinggal kepada peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain