suria

Bukan sekadar konsert biasa, Cha Eun Woo janji buat penonton jatuh cinta kepadanya dalam tempoh 10 minit

Cha Eun Woo bakal menghiburkan peminat di Malaysia pada 24 Februari 2024.

NAMA pelakon dan penyanyi terkenal Korea Selatan Cha Eun Woo sudah tidak asing lagi dalam kalangan peminat malah popularitinya mula merebak ke seluruh negara Asia termasuk Malaysia.

Sebagai menghargai sokongan peminat terhadap karier seninya, Eun Woo bakal memikat hati penonton di negara ini menerusi jelajah 'fan concert' iaitu 2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator] pada 24 Februari ini.

Persembahan itu dibawa khas oleh Viu perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau milik PCCW yang merupakan sebahagian daripada siri Viu Scream Date.

Konsert bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam bakal memperlihatkan Eun Woo menunjukkan semua tentang dirinya bagi membuatkan penonton jatuh cinta kepadanya dalam masa 10 minit.

[차은우]팬미팅_합본 포스터_MY_03012024_1920x1080

Cha Eun Woo 2024 Just One 10 Minute Mystery Elevator bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam.

Konsep itu mula diperkenalkan dalam perjumpaan bersama peminat sebelum ini dan ia diteruskan selepas mendapat maklum balas positif peminat.

Ini termasuk kekaguman peminat terhadap persembahannya yang mantap dan berkualiti tinggi.

Tema sama turut dibawa dalam persembahan di Kuala Lumpur nanti.

Apa lebih menarik, penonton di Stadium Malawati kelak bakal menjadi yang pertama di luar Korea Selatan menonton Eun Woo mempersembahkan lagu terbaharunya.

Cha Eun Woo

Cha Eun Woo menjanjikan pelbagai kejutan buat peminat yang hadir nanti.

Ia susulan pelancaran album solo pertamanya yang dijadualkan pada 15 Februari ini.

Profil Eun Woo sebagai penyanyi dan pelakon sangat mengagumkan termasuk beberapa drama lakonannya di Viu seperi My ID is Gangnam Beauty dan True Beauty mendapat sambutan luar biasa penonton.

Drama terbaharunya, A Good Day To Be A Dog yang sedang ditayangkan di Viu turut mencapai kejayaan yang meningkatkan popularitinya terutama dalam kalangan peminat drama Korea.

Berita baik untuk peminat, rebut peluang mendapatkan diskaun 22 peratus untuk tiket Viu Scream Dates: Cha Eun Woo 2024 Just One 10 Minutes [Mystery Elevator] in Kuala Lumpur.

CEW_MY_TKT 2.2 Flash sale

Peminat berpeluang menikmati diskaun 22 peratus yang akan dibuka selama sehari pada 2 Februari 2024.

Tawaran itu hanya itu sehari iaitu pada 2 Februari 2024 dari pukul 11 pagi hingga 11 malam sahaja.

Peminat yang ingin hadir ke fan concert Cha Eun Woo di Malaysia boleh mendapatkan tiket menerusi tiga pilihan iaitu VVIP (RM858), VIP (RM558), dan CAT1 (RM358).

Kesemua pembeli tiket kategori berkenaan akan menerima kad foto dengan tandatangan Eun Woo dan boleh dibeli menerusi laman web Ticket2u.

Menariknya pemegang tiket VVIP layak mendapat pas eksklusif untuk sesi 'Hi-Bye' dan raptai, dengan hanya 30 individu bertuah yang akan menerima kad foto tulisan tangan oleh Eun Woo sendiri.

Malah 100 pemegang tiket VVIP dan 25 pemegang VIP dan CAT1 berpeluang menerima poster yang telah ditandatangani oleh Eun Woo.

Selain itu, peminat dari semua kategori berpeluang untuk memenangi sejumlah 10 barangan eksklusif ditandatangani oleh pelakon dan penyanyi popular tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain