PENYANYI Datuk Rossa mendedahkan pernah membuat keputusan drastik apabila sanggup melarikan diri dari hospital semata-mata untuk memenuhi sebuah persembahan nyanyian.
Rossa atau mesra disapa Teh Ocha berkata, keputusan itu dibuat kerana terikat dengan kontrak yang sudah dipersetujui.
“Ketika itu memang perlu jayakan sebuah persembahan. Kebetulan keadaan masih mengizinkan, saya masih mampu berdiri dan berjalan dengan kasut tumit tinggi.

Rossa sanggup lari demi kerja.
“Jadi saya fikir, lebih baik terus lari saja,” katanya.
Tambah Rossa, walaupun kurang sihat, dia tetap meneruskan persembahan kerana perlu melunaskan hutang yang ketika itu mencecah lebih RM555,000 sebulan.
Kisah itu dikongsikan Rossa ketika menjadi tetamu dalam podcast saluran YouTube Comic 8 Revolution bersama rakan baiknya yang juga pereka fesyen terkenal Ivan Gunawan.
ARTIKEL BERKAITAN: Rossa pertahan wanita buat pembedahan plastik, setiap orang berhak nak cantik
ARTIKEL BERKAITAN: Rossa tak pernah beli baju raya, setiap tahun dapat percuma
Sementara itu, Ivan menyifatkan Rossa sebagai seorang yang rajin serta berdedikasi dalam kerjaya.
“Teh Ocha ini paling tak suka kalau ada hutang. Jadi dia akan bekerja keras setiap hari untuk melunaskannya,” katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


