suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tajam mata netizen, dapat lihat perubahan wajah Lee Kwang Soo... Bentuk lubang hidung nampak berbeza

Penampilan wajah Kwang Soo dilihat berbeza berbanding dahulu.

PELAKON Korea Selatan, Lee Kwang Soo kembali mencuri perhatian warganet selepas tular satu hantaran di forum dalam talian Theqoo yang membandingkan perubahan wajahnya sejak awal kemunculan hingga kini.

Menerusi perkongsian tersebut, ramai yang membuat spekulasi mendakwa bentuk kening aktor berusia 40 tahun itu kelihatan berbeza kerana lebih gelap dan kurang melengkung berbanding dahulu.

Kwang Soo didakwa melakukan pembedahan plastik pada beberapa bahagian di wajahnya.

Perubahan kecil itu dikatakan cukup memberi impak besar terhadap penampilannya.

Bukan sekadar kening, ruangan komen turut dibanjiri perdebatan mengenai kemungkinan Kwang Soo melakukan prosedur kosmetik pada bahagian wajah lain seperti hidung dan gigi.

“Saya rasa dia pakai braces. Tak banyak berubah, cuma nampak lebih segak dan kemas.

ARTIKEL BERKAITAN: 7 tahun jadi pasangan kekasih, peminat mahu Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin cepat kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Lee Kwang Soo tinggalkan Running Man selepas 11 tahun, mahu fokus pada kesihatan

“Hidung tu jelas lain, bentuk lubang hidung pun berbeza daripada dulu.

“Saya langsung tak perasan selain kening… Hebat betul siapa yang nampak benda macam ni,” tulis netizen.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan daripada pihak Kwang Soo berhubung dakwaan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain