HUBUNGAN akrab antara penyanyi Selena Gomez dengan pasangan Nicola Peltz dan Brooklyn Beckham dikatakan semakin renggang.
Mereka sebelum ini dilihat seperti rakan karib malah penah digelar sebagai ‘throuple’ (gabungan tiga sahabat rapat).
Ia ekoran Selena dilihat tidak hadir ke majlis pembaharuan ikrar cinta Nicola dan Brooklyn pada 2 Ogos lalu sekaligus menguatkan spekulasi bahawa ada masalah antara mereka.

Mereka bertiga sebelum ini kerap bersama.
Menurut rakan terdekat, perubahan sikap Nicola yang berlagak diva menjadi punca utama keretakan itu.
Katanya, Nicola tidak menghormati Selena dan teman lelakinya, Benny Blanco, selain mahu jadi tumpuan kamera setiap kali mereka keluar bersama.
Lebih mengejutkan, Nicola juga didakwa mengata di belakang Selena kepada rakan-rakan mereka sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez bakal kahwin September depan, tetamu sudah terima jemputan melalui emel
ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez tenang, tepis dakwaan Benny Blanco berlaku curang
“Selena dah cuba untuk kekalkan persahabatan, tapi hubungan itu dah tak sama lagi,” katanya.
Bukan hanya itu, di media sosial mereka juga sudah tiada ucapan ulang tahun, gambar mesra atau aktiviti bersama.
Ia menguatkan lagi andaian bahawa persahabatan mereka memang sudah berakhir.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


