PENYANYI Selena Gomez menepis dakwaan Benny Blanco berlaku curang apabila berkongsi foto tunangnya itu di Instastory miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Selena memuat naik foto Benny bersama anak saudaranya sedang bermain dengan anjing peliharaan mereka.
Foto tersebut muncul selepas timbul khabar angin mendakwa Benny mungkin berlaku curang terhadap Selena.
Selena tenang berkongsi foto tunangnya di Instastory.
Benny didakwa menjalinkan hubungan dengan teman lama yang juga merupakan bekas pembantu peribadinya iaitu Theresa Marie Mingus.
Peminat mula menyedari perkara itu selepas Selena tidak lagi mengikuti Theresa di Instagram dan ia sekali gus menimbulkan tanda tanya.
Lebih mengeruhkan keadaan, sejak tular spekulasi tersebut, muncul semula video-videp lama yang dikongsi di TikTok memaparkan kemesraan Benny bersama Theresa makan malam di sebuah restoran di Los Angeles, Amerika Syarikat.
ARTIKEL BERKAITAN: Ciuman pertama terus buat Benny Blanco ’cair’, kata-kata Selena Gomez jadi lirik lagu
ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki Selena Gomez letak sos keju dalam tab mandi, kejutan sempena Hari Kekasih
Malah segelintir netizen menuduh Benny turut melanggan akaun OnlyFans Theresa namun ia tidak dapat disahkan kerana tiada bukti nyata.
Pada Disember tahun lalu, Selena memaklumkan dia dan Benny sudah mengikat tali pertunangan selepas setahun menyulam cinta.
Khabar gembira itu dikongsi menerusi Instagram miliknya sambil menayang cincin bertahta berlian yang dipakai di jari manisnya.
Untuk rekod, Selena dan Benny mula menjalinkan hubungan cinta sejak Disember 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!