suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Netizen terkejut lihat bibir Eunchae Le Sserafim macam muncung itik, dakwa terlebih suntik

Mulut Eunchae jadi bahan bualan netizen.

PENAMPILAN terkini ahli kumpulan Le Sserafim, Eunchae mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat selepas dia didakwa melakukan prosedur kosmetik.

Beberapa foto dan tangka layar yang tular daripada sebuah konsert di luar negara baru-baru ini menunjukkan perubahan pada bentuk bibir Eunchae.

Video dan foto berkenaan dipercayai dimuat naik oleh peminat yang menghadiri konsert berkenaan.

Wajah Eunchae sebelum lakukan lip fillers.

Dalam satu hantaran video di forum Korea, rata-rata warganet membuat spekulasi bahawa penyanyi berusia 17 tahun itu mungkin melakukan 'lip fillers'.

Video tersebut mendapat lebih 108,000 tontonan sekali gus mengundang pelbagai komen pedas daripada netizen.

Mereka juga meluahkan rasa kecewa dan meminta Eunchae tidak terlalu awal terjebak dalam dunia pembedahan estetik memandangkan usianya masih muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Le Sserafim dikritik gagal nyanyi ‘live’ di pentas Coachella, netizen luar negara bandingkan persembahan Dolla lebih baik

ARTIKEL BERKAITAN: Suara sumbang teruk, peminat kecewa persembahan Le Sserafim di Coachella tak berkualiti

Namun ada juga segelintir peminat yang tampil mempertahankan Eunchae dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai berlebihan.

“Biasanya macam inilah rupa bibir selepas buat fillers kali pertama, bentuknya jadi macam paruh itik,"katanya. 

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain