suria

Sean Kingston dipenjara tiga tahun, terlibat skandal penipuan bersama ibu

Sean akan berada di bawah pengawasan pihak berkuasa selepas dibebaskan.

PENYANYI Sean Kingston dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan oleh Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat atas kesalahan penipuan bernilai lebih RM4.7 juta (AS$1 juta)

Memetik laporan The Express Tribune, Sean atau nama sebenarnya Kisean Paul Anderson, 35, bersama ibunya Janice Turner didakwa menipu beberapa syarikat dan individu dengan mendapatkan barangan mewah.

Ia termasuk jam tangan, perabot dan peralatan elektronik tanpa membuat bayaran penuh.

Ibu Sean dipercayai memainkan peranan besar dalam penipuan.

Lebih mengejutkan, kedua-duanya dipercayai menggunakan status selebriti Sean untuk meyakinkan mangsa agar memberi barang secara kredit.

Mahkamah mendapati mereka bersalah atas pertuduhan penipuan selepas ibunya dipercayai memainkan peranan besar dalam menguruskan penipuan tersebut.

Susulan itu, ibunya dipenjara selama lima tahun bermula Julai lalu.

Selain hukuman penjara, Sean juga akan berada di bawah pengawasan pihak berkuasa selama tiga tahun selepas dibebaskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa menipu elak bayar hutang lebih RM700,000, Sean Kingston dan ibu ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Ji Hoon tampil bersuara dakwaan menyerang isteri, mengaku berlaku sentuhan fizikal

Pada Mei tahun lalu, Sean bersama ibunya ditahan pihak berkuasa di California, Amerika Syarikat atas dakwaan melakukan penipuan.

Penahanan dipercayai susulan laporan dibuat oleh sebuah syarikat bernama Ver Ver Entertainment yang mendakwa Sean gagal menjelaskan bayaran penuh bagi pembelian set televisyen serta sistem bunyi.

Sean dikatakan gagal membuat baki bayaran sebanyak kira-kira RM708,000 selepas pemasangan alat tersebut dibuat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain