suria

Pelakon lelaki dakwa diliwat dua individu, tak sedar kerana diberi dadah

Mat harap orang ramai peka dengan mangsa rogol lelaki.

PELAKON Australia, Mat Stevenson mendedahkan dia pernah menjadi mangsa liwat dua lelaki ketika usianya baru menjengah 18 tahun.

Mengimbau kembali detik hitam tersebut, Mat, 56, berkata dia menghadiri satu sesi temuduga yang menawarkan peluang pekerjaan sebagai ejen hartanah.

Ketika kejadian Mat mendakwa dia ditawarkan minuman yang dipercayai mengandungi dadah dan mula berasa pening sebelum tidak sedarkan diri.

Mat ketika berlakon dalam Home and Away.

"Ketika itu saya seorang anak muda yang kuat dan selalu bersenam. Tapi dalam situasi itu, saya langsung tak berdaya," katanya memetik News.Com.

Ceritanya lagi, ketika tersedar keesokan harinya dia mendapati dalam keadaan kesakitan serta keseorangan.

Menurut Mat, sebaik sahaja pulang ke rumah dia segera menceritakan kejadian itu kepada bapanya namun tidak diendahkan.

Namun selepas kejadian itu, dia mendapat berita gembira apabila ditawarkan berlakon dalam siri Neighbours yang membuka jalan kepada kerjaya lakonannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis popular ditahan polis, didakwa cabul remaja bawah umur di hotel

ARTIKEL BERKAITAN: Buat laporan polis dakwa dirogol, pelakon drama pendek YouTube dihadapkan ke mahkamah

Mat yang terkenal dengan watak Adam Cameron dalam Home and Away mengakui menyembunyikan trauma tersebut selama bertahun-tahun dan berdepan masalah kesihatan mental serta ketagihan alkohol sebagai kesan daripada pengalaman ngeri itu.

Selepas meninggalkan dunia lakonan, dia mula bekerja sebagai penyiasat untuk kerajaan Australia.

Dia juga berharap dengan perkongsiannya itu dapat memberi kesedaran mengenai pentingnya sokongan terhadap mangsa rogol.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain