PELAKON Aamir Khan mendedahkan dia tidak mengambil sebarang bayaran bagi penglibatannnya dalam filem Coolie.
Tindakan Aamir itu dibuat kerana pelakon berkenaan begitu teruja dapat bergandingan bersama bintang legenda, Rajinikanth.
"Tidak, saya langsung tidak menerima sebarang bayaran untuk membintangi filem ini. Rasa hormat dan kasih saya terhadap Rajni terlalu tinggi untuk saya fikirkan soal wang.

Aamir merupakan pelakon jemputan dalam filem Coolie.
"Dapat berkongsi layar dengannya sudah cukup sebagai ganjaran buat saya," katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem Mann ini juga turut mencetuskan kontroversi apabila tidak hadir ke tayangan perdana Coolie pada Selasa kerana bercuti bersama kekasihnya, Gauri Spratt.
Jelas Aamir, dia hanya berperanan sebagai watak penampilan istimewa (cameo) dan tidak menganggap kehadirannya bakal menjadi tumpuan peminat.
ARTIKEL BERKAITAN: Aamir Khan tengah angau bercinta, sudah bawa balik kekasih jumpa keluarga
ARTIKEL BERKAITAN: Rajinikanth dipuji naik pesawat kelas ekonomi, sanggup tunggu peminat mahu bergambar
"Saya hanya tampil sebagai pelakon cameo. Watak utama dipegang oleh Rajini dan Nagarjuna.
"Jadi saya rasa kalau penonton berpusu-pusu ke pawagam adalah kerana Rajini dan Nagarjuna tetapi bukan saya," ujarnya.
Aamir bagaimanapun memohon untuk diberikan ruang buat dirinya dan kekasih kerana enggan menjadi tumpuan media.
"Saya perlukan ruang bernafas, sedikit ketenangan daripada tekanan. Gauri membawa ketenangan dalam hidup saya.
"Hanya berada di sisinya sudah membuatkan saya rasa tenang," luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


