suria

Aamir Khan tengah angau bercinta, sudah bawa balik kekasih jumpa keluarga

Aamir sudah bawa teman wanita jumpa keluarga.

EMPAT tahun hidup menduda, pelakon Aamir Khan dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita.

Sumber Pinkvilla mendedahkan Aamir atau Mohammed Aamir Hussain Khan, 60, juga sudah memperkenalkan wanita itu kepada keluarganya dan pertemuan itu berjalan lancar.

Aamir dilihat benar-benar serius tentang hubungan tersebut kerana sudah melibatkan keluarganya.

size NP 1 (35)

Aamir sudah bawa teman wanita jumpa keluarga.

Menurut laporan itu lagi, wanita misteri dikenali sebagai Gauri itu adalah golongan biasa dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dunia Bollywood.

Bagaimanapun Aamir memilih untuk merahsiakan hubungan baharunya itu dan tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenainya.

Untuk rekod, Aamir Khan pernah mendirikan rumah tangga dengan Reena Dutta pada tahun 1986 namun bercerai pada 2002.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Junaid Khan, 32 dan Ira Khan, 28 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancang bersara usia 70 tahun, Aamir Khan terima 6 tawaran filem serentak

ARTIKEL BERKAITAN: Tak selesa jaya babak berlari pakai seluar dalam, Aamir Khan pertama kali berbogel dalam filem ‘PK’

Aktor itu Kembali bertemu jodoh pada tahun 2005 dengan penerbit Kiran Rao.

Namun hubungan itu tidak berkekalan selepas mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2021.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Azad Rao Khan yang kini berusia 14 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain