suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sejak kecil dihina anak haram, wanita tak lupa detik paling perit di mahkamah - “Mereka mengaku saya zuriat luar nikah”

Penderaan secara mental dan fizikal boleh meninggalkan kesan trauma kepada mangsa. -Gambar hiasan AI

DILAHIRKAN sebagai anak luar nikah bukan sahaja membuatkan seorang wanita berdepan layanan berbeza daripada keluarga sejak kecil, malah meninggalkan kesan mendalam yang dibawanya hingga dewasa.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita itu mendedahkan kisah kehidupannya yang dipenuhi pengalaman pahit sepanjang membesar termasuk diabaikan, dihina dan didera oleh ahli keluarganya sendiri.

Jelasnya, walaupun dibesarkan oleh ibu bapa kandung, dia sering menjadi sasaran kebencian orang sekeliling hanya kerana status kelahirannya.

"Walaupun mak ayah masih jaga saya, tapi nama saya bukan binti bapa sendiri. Dari kecil orang bencikan saya.

Setiap anak berhak untuk dilayan dengan baik, tidak kira apa jua statusnya. -Gambar hiasan AI

"Tak ada siapa nak bermain dengan saya masa kecil dulu. Pernah dulu masa lapar sangat, saya makan kertas majalah je sampai tertidur. Tak ada sesiapa pun nak bagi makanan.

"Setiap kali mak marah, dia akan jerit banyak kali cakap saya ni anak haram. Sampaikan masa zaman dekat sekolah pun saya kena buli. Duit belanja pun dirampas. Saya menangis sendiri je," ceritanya di Threads.

Wanita itu mendakwa kehidupannya semakin sukar selepas kelahiran adik yang didakwa lebih disayangi keluarga kerana dilahirkan secara sah.

ARTIKEL BERKAITAN: Berpuluh tahun tak tahu status diri, gadis terkejut ibu bapa bernikah tiga hari sebelum lahir

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia bersalin anak luar nikah terbongkar, pelajar dikhianati rakan sebilik... Tinggal satu semester nak ‘grad’ tapi dibuang universiti

"Semua orang sayang adik saya. Dia nakal tapi saya yang kena pukul. Saya pernah hilangkan barang, mak hukum suruh duduk luar rumah.

"Masa umur sembilan tahun pun saya pernah kena hukuman sama duduk luar rumah tapi pakai seluar dalam je. Bukan tu je, mak pernah nak tikam saya guna gunting.

"Bapa saya pula pernah sepak muka saya sampai darah keluar dari hidung. Saya lap sendiri je darah tu. Tulang hidung saya senget sampai sekarang," luahnya lagi.

Bagaimanapun, wanita itu berkata kehidupannya kini jauh lebih baik selepas mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang menerima dia seadanya.

  • Wanita dakwa dihina dan diabaikan keluarga sejak kecil kerana dilahirkan luar nikah.
  • Pernah makan kertas majalah kerana terlalu lapar ketika ditinggalkan bersendirian.
  • Ibu didakwa pernah menguncinya di luar rumah hanya berseluar dalam ketika berusia sembilan tahun.
  • Hidung senget selepas ditendang bapa sehingga berdarah, kesannya kekal hingga kini.
  • Wanita memilih memaafkan keluarga meskipun sukar melupakan kisah silam.

"Masa nak kahwin dulu, saya saksi mak ayah angkat sumpah dalam mahkamah. Mereka mengaku yang saya ni anak luar nikah.

"Apa yang lebih perit lagi, haram bagi bapa untuk jadi wali nikah saya. Sedih kan? Tapi sekarang saya dah kahwin. Suami saya baik dan ada kerjaya serta rumah.

"Suami pun boleh terima baik dan buruk saya. Saya memilih untuk melepaskan segala yang berlaku dan tidak mahu mengheret suami ke dalam kehidupan silam saya yang penuh kekusutan ini," jelasnya.

Menurutnya, dia juga memilih untuk memaafkan ibu bapa dan semua pihak yang pernah menyakitinya meskipun pengalaman tersebut tidak mungkin dilupakan.

Artikel Lain