suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Nampak bra berpusing dalam mesin basuh” - Wanita tertanya-tanya, normal ke cuci pakaian dalam di dobi layan diri?

Kedai dobi layan diri sering menjadi pilihan ramai untuk mencuci dan mengeringkan pakaian. -Gambar hiasan AI

MENCUCI pakaian di kedai dobi layan diri sudah menjadi satu kebiasaan, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai mesin basuh sendiri atau mahu menjimatkan masa.

Namun, ada juga yang kurang selesa menggunakan kemudahan itu khususnya apabila perlu mengendalikan pakaian peribadi di tempat terbuka.

Perkara itu dibangkitkan seorang wanita yang tertanya-tanya sekiranya kaum Hawa turut berasa malu apabila pakaian dalam mereka dilihat orang asing ketika mencuci pakaian di kedai dobi.

A customer wash and dry clothes at one of the self service laundry at Seksyen 20, Shah Alam during the observation on Thursday morning. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Pelanggan kedai dobi perlu saling menghormati dan tidak mengganggu pengunjung lain. -Gambar hiasan

"Nak tanya, anda semua terutamanya perempuan yang pergi dobi, tak rasa malu ke keluarkan pakaian dalam? Lepas tu seluar dan baju dalam tiba-tiba ia terjatuh atas lantai.

"Kemudian ada orang nampak, yang nampak pula lelaki. Anda rasa benda tu normal ke? Serius aku nak tahu, apa pendapat anda semua tentang hal ini.

"Ada sesetengah lelaki berumur suka tengok perempuan keluarkan baju," dakwa wanita itu dalam perkongsiannya.

  • Wanita luah rasa malu untuk mencuci pakaian di kedai dobi layan diri.
  • Dia bimbang pakaian dalam wanita jadi tatapan pelanggan lelaki.
  • Dia berkongsi hal itu di Threads untuk bertanyakan pendapat kaum Hawa.
  • Netizen beri nasihat agar dia fokus pada diri dan tidak hiraukan pelanggan lain.

Dia membangkitkan persoalan itu menerusi satu perkongsian di aplikasi Threads.

Menurut seorang pelayar Threads, wanita itu tidak sepatutnya menghiraukan pandangan orang ketika menggunakan khidmat dobi layan diri.

"Saya antara orang yang biasa pergi mendobi. Saya tak pandang kiri kanan pun. Lantak mereka la nak basuh baju atau nak lepak di kedai dobi," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bengang pakaian dalam disentuh-sentuh, dialih di kedai dobi layan diri... Lambat beberapa minit je pun!

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki alih pakaian terbiar dalam ‘dryer’ dobi layan diri, pemilik datang terjerit-jerit tak puas hati

Beberapa lagi pelayar Threads turut meninggalkan pendapat berbeza mengenai hal itu.

"Pakaian dalam tu masukkan dalam laundry beg saja. Kalau jatuh pun orang tak nampak isi dalam.

"Pernah nampak orang cuci pakaian dalam di kedai dobi. Nampak bra berpusing dalam mesin basuh.

"Saya yang lelaki ni pun malu kalau pakaian dalam jatuh," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain