suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki alih pakaian terbiar dalam ‘dryer’ dobi layan diri, pemilik datang terjerit-jerit tak puas hati

Pelanggan perlu menghormati semua pengguna dobi layan diri bagi mengelakkan pergaduhan. -Gambar hiasan AI

KEMUDAHAN dobi layan diri disediakan bagi memudahkan urusan pelanggan, namun situasi berebut giliran masih boleh berlaku apabila pakaian sudah siap tidak diambil tepat pada waktunya.

Begitulah situasi dihadapi seorang lelaki apabila dia mendakwa dimarahi seorang pelanggan selepas mengalihkan pakaian sudah siap dikeringkan bagi membolehkan dirinya menggunakan mesin pengering.

Menurut lelaki itu, kejadian berlaku ketika semua mesin pengering yang menggunakan syiling pada kadar lebih murah sedang penuh, sedangkan dia hanya membawa wang secukupnya.

Penggunaan dobi layan diri memudahkan urusan menguruskan pakaian kotor. -Gambar hiasan AI

"Dryer (mesin pengering) yang gunakan coin murah tu semua sudah penuh (digunakan). Aku pula bawa duit cukup-cukup je. Jadi aku alihkan la baju orang lain yang dah siap.

"Kemudian, aku letak dalam bakul dobi sediakan. Lepas tu tiba-tiba datang seorang akak ni marah-marah dan terjerit-jerit alihkan baju dia. Dia kata aku sentuh baju perempuan.

"Nak tanya anda semua, saya salah ke? Kalau dia report polis, saya kena tangkap ke?" soalnya menceritakan kejadian itu menerusi satu hantaran di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita serabut jiran kerap tumpang guna mesin basuh... Makin sakit hati dibuat macam kedai dobi, sumbat sampai tersekat!

ARTIKEL BERKAITAN: Abang botak mengamuk, ‘koyak’ disindir... Muka akak kedai dobi kena libas dengan pakaian!

Tambah lelaki itu, pakaian miliknya juga pernah dialihkan oleh pelanggan lain sebelum ini dan dia tidak pernah memperbesarkan perkara tersebut.

"Sebelum ni orang lain alihkan baju aku, aku okay je. Mungkin lepas ni kena ada dobi ladies only (untuk wanita saja)," katanya berseloroh.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan kebanyakannya berpendapat tindakan lelaki berkenaan bukan satu kesalahan.

  • Alih baju dalam dryer, lelaki diherdik pelanggan.
  • Dryer penuh, alih baju siap dikeringkan cetus konflik.
  • Baju dalam dryer dialih, pelanggan naik angin sentuh baju perempuan.
  • Lelaki risau jika boleh ditangkap sekiranya laporan polis dibuat.
  • Netizen saran pelanggan dobi set pemasa.

"Biasanya saya bagi masa 10 minit. Minit ke 11 saya alih. Dia tak ada hak nak marah sebab ini dobi awam. Bertenang... suruh je dia buat laporan polis. Abang polis pun malas nak layan.

"Dia yang patut minta maaf. Dah basuh lepas tu tinggal. Orang lain pun nak guna juga. Ingat dobi tu rumah dia ke? Telefon pemilik dobi tu dan maklumkan pada dia.

"Tak salah. Sepatutnya dia set masa kalau taknak tunggu jadi seminit sebelum mesin berhenti, dia kena ke dobi dan bersedia angkat pakaian dia," komen beberapa netizen.

Artikel Lain