Perselisihan faham antara mentua dan menantu adalah perkara yang tidak dapat dielakkan, lebih-lebih lagi apabila tinggal sebumbung. -Gambar hiasan AI
TINGGAL sebumbung dengan mentua sering dianggap sebagai jalan terbaik untuk berjimat cermat, terutama bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.Namun bagi sesetengah pasangan, keadaan itu tidak semestinya mudah apabila perbezaan cara hidup dan rutin harian mula mencetuskan salah faham kecil, sekali gus menguji kesabaran serta keharmonian dalam institusi kekeluargaan. Seorang wanita menerusi satu luahan jujur di aplikasi Threads menceritakan semula pengalamannya tinggal bersama ibu mentua selepas berkahwin, sebelum akhirnya dia dan suami mengambil keputusan untuk berpindah demi menjaga keharmonian jangka panjang.Setiap menantu pasti mengharapkan penerimaan dan kasih sayang daripada keluarga mentua. -Gambar hiasan AI"Masa baru kahwin dulu, aku bersemangat gila cakap dekat suami, tak apa bang... kita duduk sekali dengan mak dulu. Jimat sikit."Suami pandang aku dan tanya, betul ni?. Aku angguk yakin. Bayangan aku, seronok la balik kerja ada orang teman borak, suasana rumah meriah. Tapi apabila masuk minggu kedua... baru aku faham erti realiti," kongsinya.Menurut wanita itu, antara cabaran yang dihadapi adalah apabila hampir setiap perkara yang dilakukannya di rumah menerima teguran daripada ibu mentua, antaranya cara memasak dan melipat pakaian."Pagi-pagi aku goreng ikan, dia kata, kalau mak... mak letak kunyit sikit. Esok aku letak kunyit, dia kata pula... kalau mak, mak tak letak banyak sangat.ARTIKEL BERKAITAN: Ada je benda tak kena! Wanita rimas mentua asyik cari salah, nekad beli peti sejuk letak dalam bilik sendiri - “Hinanya hidup menumpang”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jadi ‘pelarian’ sejak ibu mentua datang menumpang, suami pula suka-suka biar abang penagih masuk rumah"Aku lipat baju, mak buka balik dan lipat semula. Sampai aku rasa macam... Ya Allah, takkan lipat baju pun kena ada PhD?"Paling kelakar, aku baru je mop lantai. Mak kata, tak payah mop sangat, nanti licin. Lima minit kemudian dia kata... lantai ni macam melekit pula.Aku pandang suami, suami buat-buat sibuk tengok kipas siling," ceritanya.Selepas beberapa ketika, wanita itu berkata dia memberanikan diri berbincang dengan suami untuk berpindah ke rumah sendiri.Menurutnya, suaminya pada mulanya menyangka dia bergaduh dengan ibu mentua.Namun dia menerangkan hasrat itu adalah demi memelihara hubungan baik antara mereka. Seorang wanita berkongsi pengalaman tinggal sebumbung dengan mentua sebelum memilih berpindah.Dia mengakui kerap menerima teguran daripada ibu mentua mengenai urusan rumah.Wanita itu berbincang dengan suami untuk tinggal di rumah sendiri.Selepas berpindah, hubungannya dengan ibu mentua menjadi lebih baik.Perkongsiannya mengundang reaksi ramai yang bersetuju tinggal berasingan boleh mengelakkan salah faham.Ringkasan ini dijana oleh AI"Apabila dah pindah rumah yang jaraknya cuma 10 minit dari rumah mak, ajaibnya... hubungan kami jadi makin rapat. Tak ada dah nak terasa hati sebab benda-benda kecil."Kadang-kadang, bukan sebab menantu jahat, bukan sebab mertua garang. Cuma dua-dua perempuan ni dibesarkan dengan cara yang berbeza. Apabila tinggal sebumbung, garam dan gula pun boleh jadi isu," luahnya. Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya, dengan ramai yang bersetuju bahawa tinggal berasingan tidak bermaksud memutuskan hubungan dengan ibu bapa atau mentua.Malah, ramai berpendapat keputusan tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin mampu mengurangkan salah faham dan memberi ruang kepada setiap pihak untuk saling menghormati batas serta privasi masing-masing.