MENJAGA orang sakit terutama warga emas bukanlah tugas yang mudah kerana ia menuntut kesabaran tinggi, pengorbanan masa serta komitmen yang bukan sedikit.Gara-gara isu tanggungjawab ini, seorang wanita tampil meluahkan rasa terkilan dan amarahnya apabila adik kandungnya seolah-olah dipaksa untuk mengorbankan masa depan sendiri demi menjaga nenek mereka yang semakin uzur.Menurut wanita itu, desakan melampau tersebut bukannya datang daripada ibu bapa mereka sendiri.Sebaliknya daripada bapa saudara di sebelah bapanya yang cuba lepas tangan.Anak perlu mengambil tanggungjawab menjaga ibu bapa yang terlantar. -Gambar hiasan AI "Demi nak suruh jagakan mak dia (nenek kami), pakcik aku suruh adik berhenti belajar. Sedangkan setiap hujung minggu nenek selalu datang ke rumah kami."Nenek pula jenis yang perlu dipimpin, makan kena disuap dan dipakaikan lampin pakai buang. Adik aku tengah buat persiapan masuk universiti," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Cucu rimas nenek sakit kaki gigih nak ikut bercuti, merajuk jika ditinggalkan - “Jadi macam orang tua lain, duduk rumah diam-diam”ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah lepas tangan, suruh anak kerja sambil jaga nenek di kampung! Ibu, bapa saudara pun sokong... Tak payah bersusah jaga orang tuaJelasnya lagi, adiknya yang baru berusia 18 tahun itu merupakan seorang pelajar pintar dan baru sahaja memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Kini gadis itu sedang menghitung hari untuk menjejakkan kaki ke menara gading.Menurut pengadu lagi, nenek mereka mempunyai enam orang anak iaitu lima lelaki dan seorang perempuan, namun kini tinggal bersama anak perempuannya."Sekarang ni nenek tinggal dengan makcik, pakcik-pakcik aku pula tak pernah sekali pun nak jagakan nenek. Kalau balik jenguk pun sekejap je."Geram dan marah sangat dengan keluarga sebelah ayah. Tugas menjaga mak sepatutnya anak-anak yang buat, bukannya tanggungjawab wajib cucu-cucu," luahnya.Wanita dakwa adiknya dipaksa berhenti belajar demi menjaga nenek uzur.Adiknya baru 18 tahun dan memperoleh keputusan SPM cemerlang.Dia menegaskan tanggungjawab menjaga ibu ialah anak, bukan cucu.Wanita itu kecewa kerana bapa saudaranya didakwa tidak membantu menjaga nenek.Netizen menggesa agar masa depan adiknya tidak dikorbankan.Ringkasan ini dijana oleh AIDia bagaimana pun tidak menjelaskan sama ada ibu bapanya sendiri bersetuju atau tidak dengan cadangan bapa saudaranya itu.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang meminta wanita itu jangan sesekali membenarkan adiknya menjaga nenek mereka."Tolong jangan jadikan adik tu mangsa ye, tolong bantu selamatkan masa depan dia."Bukan tanggungjawab cucu, suruh bapa saudara sendiri yang jaga mak dia," komen netizen.