HUJUNG minggu atau cuti sekolah selalunya ditunggu-tunggu sebagai masa untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
Tidak terkecuali wanita ini yang berharap dapat menikmati percutian bersama suami dan anak-anak dengan tenang, namun keinginannya itu sering terbantut kerana tanggungjawab menjaga nenek yang sudah tua.
Menurut wanita tersebut, apa yang membuatkannya kecewa apabila tanggungjawab itu seolah-olah dibebankan di atas bahunya sehingga tidak mempunyai masa berkualiti bersama keluarga kecil sendiri.
Tidak semua individu mampu melakukan pengorbanan menjaga ahli keluarga yang uzur. -Gambar hiasan
"Salah ke aku nak pergi bercuti dengan anak-anak dan suami tapi tak nak bawa nenek aku? Aku dah penat nak jaga, aku nak juga family time yang jarang-jarang ada sebab suami susah cuti panjang.
"Nenek suka sangat berjalan walaupun kaki dah tak kuat. Sudah tentulah aku yang kena uruskan kalau dia ikut, padahal jaga anak-anak je pun dah penat.
"Dia terlalu suka berjalan sampai tahap kalau tahu aku pergi berjalan dengan anak-anak dan suami, dia merajuk. Lepas tu cerita macam-macam dekat saudara," luahnya dalam satu perkongsian di laman Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah lepas tangan, suruh anak kerja sambil jaga nenek di kampung! Ibu, bapa saudara pun sokong... Tak payah bersusah jaga orang tua
ARTIKEL BERKAITAN: Sedar diri anak-anak tak ambil peduli, warga emas daftar masuk rumah orang tua... Reda bibik lebih disayangi
Tambah wanita ini lagi, sebagai cucu dia amat berharap agar neneknya mengubah sikap dan memberi peluang kepada dia serta keluarga untuk bercuti bersama.
"Tak rasa bersalah ke nak merajuk kalau cucu tak nak bawa? Kenapa tak jadi je macam orang tua lain duduk rumah diam-diam," katanya.
Bukan mengeluh atau mengungkit, sebaliknya wanita berkenaan berkata, dia hanya berharap ahli keluarga yang lain bertolak-ansur memandangkan suaminya jarang dapat meluangkan masa bercuti bersama anak-anak.
"Ada adik-beradik pun tak function. Semua lepas tangan padahal aku ni harapkan bila semua dah besar, bolehlah tolong aku jaga nenek.
"Dah jaga, masak bagi makan apa semua, yang tu tak ada siapa yang ingat. Bila aku nak berjalan tapi nak tinggal nenek aku, confirm la jadi gosip saudara.
Seorang wanita berkongsi dilema kerana ingin bercuti dengan suami dan anak-anak, tetapi terpaksa bawa nenek yang sudah sakit kaki.
Dia sudah lama kecewa kerana selama ini tanggungjawab menjaga nenek dipikul seorang diri.
Neneknya mudah merajuk dan bercerita kepada saudara apabila tidak dibawa bercuti bersama.
Tambahnya, neneknya bukan sentiasa terperap di rumah sebaliknya sering dibawa berjalan oleh saudara lain dan terbaharu akan ke Batam.
Netizen bersimpati dan menasihatkan agar wanita tersebut utamakan keluarga sendiri.
"Dia bukan tak pernah berjalan langsung ya, setiap bulan atau kadang-kadang dua minggu sekali akan ada saudara yang bawa dia pergi berjalan rumah saudara, makan angin. Ni bulan depan nak pegi Batam," luahnya lagi.
Kadang-kadang, dia tertanya-tanya adakah neneknya yang sudah pergi ke serata dunia termasuklah menunaikan haji dan umrah masih belum puas berjalan sedangkan kakinya kini sudah sakit-sakit.
"Aku tak paham tak rasa puas ke, tak penat ke padahal jalan pun dah terhincut-hincut.
"Semestinya setiap kali dia berjalan tu wajib kena ada seorang yang tugas dia pimpin nenek aku ni.
"So kalau bercuti dengan aku, aku la yang kena jaga dia sepanjang masa. Bila masa aku dengan anak-anak aku?" katanya, runsing.
Perkongsian wanita berkenaan mengundang simpati warga maya dengan rata-ratanya memberikan pelbagai cadangan sebagai solusi terhadap masalah yang dihadapinya.

Sebahagian pandangan netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Kau cucu je sis. Bukan tanggungjawab kau nak jaga 100 peratus. Buat mana mampu je.
"Kalau saya, tinggalkan je dekat rumah anak-anak dia yang lain. Nak merajuk, nak buat cerita, silakan.
"Orang tua memang ada fasa mulut dia semua benda nak cerita. Abaikan je. Dia nak merajuk, biarkan. Awak dah berkeluarga. Utamakan keluarga awak dulu," demikian antara komen netizen.


