suria

Ibu senyum kelat, lepas 2 tahun baru buka cerita terbuang koleksi emas anggaran nilai 300K

Kesibukan ketika kenduri boleh menyebabkan tuan rumah kelam kabut dan melakukan kesilapan. -Gambar hiasan AI

SETIAP wanita pasti ada hubungan istimewa dengan emas, sama ada sebagai perhiasan atau simpanan untuk masa depan.

Namun, perkongsian wanita ini agak luar biasa apabila ibunya membuang emas bernilai kira-kira RM60,000 17 tahun lalu.

Menurut wanita itu, kisah ini hanya dibongkar dua tahun selepas kejadian, dan ia berlaku ketika kakak sulungnya melangsungkan perkahwinan. 

Wanita dan barangan kemas tidak dapat dipisahkan. -Gambar hiasan AIWanita dan barangan kemas tidak dapat dipisahkan. -Gambar hiasan AI

"Mak aku simpankan emas kami tiga beradik perempuan sekali. Ni emas sejak kami kecil ada jenis loket nama, gelang kaki, tangan, subang termasuklah sekali emas mak.  

"Dia simpan dalam kain batik, gulung-gulung lipat dan masuk dalam plastik merah. Masa tu semua orang sibuk kenduri dan mak pun terlupa dah pasal emas," dia menceritakan kisah yang berlaku 17 tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan gadai emas terakhir, suami merajuk keluar rumah! Isteri mula-mula berkeras, kini rasa bersalah

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tolong ibu tebus emas 15K, adik lelaki tetap anggap hak milik mak! Ramai saran gadai semula, mungkin ada kaitan faraid

Tambahnya, petang selepas selesai kenduri, bermulalah aktiviti membungkus lauk dan membuang sampah.

"Makanya habis semua plastik biru, hitam dan merah mak aku buang. Termasuklah plastik ada emas tu. Lepas dua tahun aku tanya kat mak sebab nak pakai loket.

"Mak senyum je. Dia pun cerita semuanya dalam penuh senyuman tak tahu itu kegembiraan atau kesedihan. Sejak hari itu, kami mampu berhuhuhu (gelak) je bila ingat balik," katanya.

  • Ibu terbuang emas bernilai RM60,000 17 tahun lalu secara tidak sengaja.
  • Emas disimpan sejak kecil termasuk loket, gelang dan subang.
  • Plastik merah berisi emas dibuang selepas kenduri kakak sulung.
  • Kisah diketahui anak-anak dua tahun kemudian, jadi kenangan lucu.
  • Nilai emas kini dianggarkan RM300,000, ramai netizen kongsi pengalaman serupa.

Perkongsian berkaitan emas itu menarik perhatian netizen yang mendakwa nilai emas yang dibuang itu kini sudah mencecah ratusan ribu ringgit.

"17 tahun lepas RM60,000, sekarang nilainya kalau masih ada paling kurang RM300,000," kata netizen tersebut.

Harga semasa untuk emas 916 di Malaysia ialah sekitar RM 561 segram. -Gambar hiasanHarga semasa untuk emas 916 di Malaysia ialah sekitar RM561 segram. -Gambar hiasan

Selain itu, ada juga netizen mengalami nasib serupa apabila barangan kemas diberikan kepada orang lain tanpa sedar.

"Emak simpan emas dalam poket baju lama. Nak jadikan cerita berlaku kebakaran dan orang minta bantuan, ayah ambil baju tu dan dermakan sekali dengan emas," katanya. 

 

Artikel Lain