suria

Enggan gadai emas terakhir, suami merajuk keluar rumah! Isteri mula-mula berkeras, kini rasa bersalah

Seorang wanita enggan menyerahkan barang kemas untuk suami gadaikan. -Gambar hiasan

TIMBUL rasa bersalah dalam diri seorang wanita apabila dia berkeras untuk tidak menunaikan permintaan suami.

Dalam satu perkongsian, wanita ini menceritakan bagaimana dia enggan menyerahkan seutas rantai emas miliknya untuk digadaikan suami.

Menurutnya, rantai tersebut merupakan satu-satunya yang tinggal selepas semua barang kemas miliknya digadaikan bagi membantu suami dalam masalah kewangan.

Seorang wanita menebus semula rantai yang sebelum ini digadai. -Gambar hiasan

"Sebelum ni saya tak ada barang kemas. Beberapa bulan lepas, saya tebus rantai (salah satu barang kemas digadai) dan itu la satu-satunya barang kemas yang saya tinggal.

"Suami minta rantai tu nak gadai saya tak bagi sebab tu je yang tinggal bila saya betul-betul kecemasan nanti.

"Memang bulan ni kurang sikit gaji RM1,000 untuk pembayaran komitmen bulanan," ujarnya menceritakan situasi kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gadai rantai emas nak bagi anak-anak makan... Malang dapat suami tak guna, hanya tahu teguk ketum!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak susah hati tengok ibu hangat bercinta... Sanggup gadai emas, berhabis duit gaji untuk kekasih ‘pilot’ luar negara

Namun kali ini, dia nekad untuk tidak lagi beralah dengan menyerahkan satu-satunya ‘penyelamat’ jika berlaku kecemasan pada masa depan.

Tambah wanita ini lagi, tindakannya itu menyebabkan suami berkecil hati dan terus keluar rumah selepas mengemas pakaiannya.

"Bukan saya pentingkan diri tapi banyak sudah saya gadai tapi sekarang tak pernah tebus-tebus. Dia janji akan bayar tapi saya rasa tu janji tinggal janji.

Suami boleh berusaha lagi cari pendapatan lain.

WARGA MAYA

"Suami merajuk, kemas-kemas baju terus keluar rumah," ujarnya.

Walaupun tetap dengan pendirian tersebut, dia mula rasa bersalah kerana merasakan keputusan itu sebagai mementingkan diri sendiri.

Perkongsian itu ternyata mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas luahannya menjadi tular di media sosial.

Komen netizen di media sosial.

Rata-ratanya menyokong tindakan wanita tersebut dan meminta agar dia terus berpegang teguh pada pendiriannya.

"Tolong kuat dengan pendirian awak. Awak dah buat yang terbaik. Simpan baik-baik okay.

"Tak pentingkan diri langsung! Hak awak simpan elok-elok sebab tu sebagai isteri kena sorok harta atau simpanan dari pengetahuan sesiapa.

"Tak pentingkan diri. Itu hak awak. Suami boleh berusaha lagi cari pendapatan lain. Gadai-gadai ni pilihan terakhir bukan awal-awal terus fikir gadai," komen beberapa netizen.

Artikel Lain