suria

Pelanggan 'sound' juruwang tipu mesin imbas MyKad rosak, tak boleh guna SARA - “Jangan nak mengencing aku”

Sistem tergendala boleh menyebabkan urusan pembelian terganggu. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berkongsi pengalaman yang kurang menyenangkan apabila dia menghadapi masalah ketika ingin menggunakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di sebuah kedai.

Menurutnya, ketika mahu membuat pembayaran juruwang kedai tersebut mendakwa mesin pengimbas MyKad rosak justeru urusan pembelian menggunakan SARA tidak dapat dilakukan.

Dia yang berasa ragu-ragu cuba mendapatkan kepastian sekali lagi, namun reaksi yang ditunjukkan juruwang membuatkan wanita itu berasa geram.

MyKad diperlukan untuk membuat pembayaran untuk menggunakan SARA. -Gambar hiasanMyKad diperlukan untuk membuat pembayaran untuk menggunakan SARA. -Gambar hiasan

"Aku tanya dia betul rosak? Dia dengan masam cakap haah, tak dengar ke? Kau tahu aku buat apa? Aku cakap, kalau saya kata yang saya ni penguatkuasa, mesin tu rosak tak?

"Terus dia keluarkan mesin tu oh boleh scan lah. Hah kau jangan nak mengencing aku ye," kongsinya, geram.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPT 'gigit jari', tak pernah guna SARA tapi baki tinggal RM5.70! Syak MyKad lama disalah guna

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Berebut bakul, tarik menarik gara-gara Penghargaan SARA... Hujung 'cerita' sistem tergendala

Wanita tersebut menegaskan bahawa dia tidak menyamar sebagai penguatkuasa, sebaliknya hanya mengajukan soalan bagi mengesahkan sama ada mesin benar-benar rosak atau juruwang bersikap tidak jujur.

Dia juga menyedari tentang Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang melarang penyamaran sebagai penjawat awam.

  • Wanita menghadapi masalah ketika ingin menggunakan SARA di kedai.
  • Juruwang kata mesin pengimbas MyKad rosak.
  • Wanita itu bertanya dengan nada tegas, juruwang akhirnya mengeluarkan mesin.
  • Dia menegaskan bukan menyamar sebagai penguatkuasa, cuma uji kejujuran pekerja.
  • Netizen kongsi pengalaman sama, manakala juruwang lain menjelaskan sistem kadang-kadang memang mengalami masalah.

“Saya tak claim pun saya penguatkuasa, cuma bertanya. Tapi nampaknya, soalan itu cukup untuk buat pekerja keluarkan mesin,” katanya.

Sementara itu netizen mengakui ada sebahagian pekerja sengaja tidak mahu menggunakan mesin pengimbas MyKad kerana merumitkan kerja mereka dengan melakukan dua kali imbasan.

Reaksi warga maya terhadap pengalaman yang dikongsi seorang wanita. Reaksi warga maya terhadap pengalaman yang dikongsi seorang wanita. 

"Pernah kena macam ni, jurujual tu malas. Tak tahu apa masalahnya bila guna mesin pengimbas tu.

"Katanya duit nak claim dari kerajaan lambat.

"Kedai kawasan rumah saya tak menipu macam ni, cuma mereka maklum pukul 9 malam ke atas mesin tu dah tutup," antara komen netizen.

Namun, seorang peniaga tampil menjelaskan keadaan bahawa ada ketikanya mesin pengimbas MyKad tidak boleh digunakan.

"Memang sistem banyak kali down mungkin sebab ramai orang claim. Setiap kali orang bayar guna MyKasih ada beberapa ketika ia akan terjadi," jelasnya.

 

Artikel Lain