SEORANG wanita meluahkan rasa tertekan selepas mengetahui adiknya yang berusia 17 tahun beberapa kali menggunakan keretanya waktu tengah malam tanpa kebenaran.
Menurut wanita itu, kejadian berlaku sekitar pukul 1 hingga 5 pagi dan setakat yang dia tahu remaja itu sudah dua kali menggunakan kereta tersebut.
Ketika ditanya, adik tidak mengaku walaupun rakaman papan pemuka (dashcam) jelas menunjukkan wajahnya, malah dia juga membenarkan rakan memandu kenderaan itu.
"Kantoi (pandu kereta) sebab minyak kereta berkurang. Lagi sekali (kali kedua) aku tanya, dia tak mengaku siap suruh aku tengok dashcam. Aku tengok memang tak ada.

Sesetengah ahli dalam keluarga bersikap pentingkan diri sendiri. -Gambar hiasan AI
"Rupanya dia dah delete rakaman. Aku back up balik guna satu aplikasi di Google. Kali ni minyak tak berkurang dah. Pandai isi minyak dan hapuskan rakaman dashcam.
"Tapi tetap kantoi ada history sambung dengan Bluetooth dekat kereta. Aku dah tak boleh kawal emosi, aku dah mengamuk dalam grup famili sampai ayah marah aku," jelasnya.
Situasi menjadi lebih tegang apabila ibu menganggapnya dia lebih sayangkan kereta daripada adik sendiri.
Malah, dia juga berasa sangat tertekan hingga menangis dan menyalahkan dirinya kerana tidak dapat mengawal emosi.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda 'dikerah' jaga ibu sakit, ulang alik bawa jumpa doktor... 4 adik beradik lain goyang kaki, beri banyak alasan
ARTIKEL BERKAITAN: Adik bongsu belajar tak tinggi jadi beban keluarga, baran suka melawan! Paling biadab berani tuding jari sampai ke muka ibu
"Aku menangis pukul diri sendiri. Tak boleh kawal diri sendiri sampai terfikir ini asbab jadi pembunuhan. Apa patut aku buat? Pukul adik sampai lunyai?
"Aku mengaku sayangkan kereta lebih daripada adik sendiri sebab tengah marah masa tu. Aku sayang adik aku juga tapi dia bawa kereta tanpa lesen bersama kawan dia.
"Apa-apa keburukan boleh jadi, bukan nak minta. Boleh susahkan semua orang," jelasnya.
Kisah tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menasihatinya supaya mengambil langkah keselamatan tambahan bagi mengelakkan perkara sama berulang.
- Adik 17 tahun kerap curi pandu kereta kakak waktu tengah malam.
- Bukti seperti dashcam dipadam tapi ada bukti lain iaitu 'history' Bluetooth kereta.
- Dia juga isi minyak semula untuk elak kantoi.
- Teguran kakak bertukar tegang apabila mak ayah membela si adik.
- Netizen sarankan sorok kunci, reset remote dan guna kunci stereng.
"Sorok kunci kereta. Jangan gantung kunci tu. Kalau dia ada buat kunci pendua, minta dengan dia. Kalau ada remote, reset alat tu.
"Cakap dekat ayah, kalau jadi apa-apa kemalangan nanti ayah boleh bagi kereta baharu ke? Benda tak ada lesen, tak payah bawa. Beli kunci stereng kereta," komen beberapa netizen.
Difahamkan, wanita ini mempunyai dua set kunci kereta di mana satu dipegang olehnya sendiri, manakala kunci kedua berada bersama bapa.
Namun ketika bapa pulang ke kampung, kunci itu ditinggalkan di belakang pintu agar senang dicapai jika perlu digunakan.


