TIDAK semua menantu sanggup menjaga mentua yang sakit, apatah lagi yang terlantar dan memerlukan perhatian penuh setiap masa.
Namun, bagi seorang wanita, tanggungjawab itu dipikul tanpa rungutan demi memastikan ibu mentuanya yang terlantar mendapat penjagaan terbaik.
Bagaimanapun, dia meluahkan rasa terkilan selepas suami menegur bau badannya yang didakwa berpunca daripada tugas hariannya menjaga ibu mentua.
Anak-anak perlu menggalas tanggungjawab menjaga ibu bapa yang terlantar. -Gambar hiasan AI
"Suami kata tak tahan dengan bau badan saya. Katanya bau mentua melekat, sedangkan saya yang cuci luka bedsore dua kali sehari.
"Dah dekat setahun saya jaga, setiap malam tidur di sebelah sebab tak nak dia terjerit-jerit memanggil saya setiap hari," luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Teruja sambut cucu sulung tapi mentua merungut jaga menantu berpantang... Suami hanya menangis tak tahu buat apa
ARTIKEL BERKAITAN: Sukarela jaga mentua sampai habis hayat, wanita dibuang ipar duai selepas jatuh sakit... Suami pula gantung tak bertali
Wanita itu mengakui sedikit tersinggung dengan suaminya yang mengaku loya setiap kali dia berbaring di sebelah.
“Baru saya nak baring sebelah, dia nak termuntah sebab bau mentua melekat. Sedangkan itu mak dia sendiri.
"Tak terkata saya dibuatnya dengan sikap suami, terus saya bangun baring sebelah mentua," katanya.
- Wanita menjaga mentua terlantar hampir setahun dan mencuci luka setiap hari.
- Dia sedih apabila suami menegur bau badannya.
- Suami turut menegur perubahan wajah dan berat badannya.
- Dia satu-satunya menantu perempuan yang menjaga mentua.
- Netizen menyarankan suami ambil alih tugas menjaga.
Tambahnya, ketika keluar membeli keperluan rawatan di farmasi, suaminya turut menegur perubahan wajah dan berat badannya yang semakin meningkat.
Wanita tersebut turut menjelaskan bahawa semua adik-beradik suaminya adalah lelaki, dan dia satu-satunya menantu perempuan yang menggalas tugas menjaga ibu mentua sepenuh masa.
“Betullah pepatah yang mengatakan, orang tidak akan menghargai pengorbanan kita,” katanya.
Komen netizen mengenai sikap wanita menjaga mentua.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dengan sebahagian besar netizen menyarankan wanita ini melepaskan tanggungjawab menjaga itu kepada suami dan ipar-iparnya.
"Dah tolong, banyak pula kompelin. Kalau saya dah lari, cuba bagi suami jaga sebulan. Tengok dia boleh urus tak mak dia," katanya.
Namun, ada juga sebahagian memuji kesabaran wanita tersebut dan apa yang dilakukan mencerminkan akhlaknya yang terpuji.
"Syurga menanti. Kalau dia memilih sabar, benarlah Allah janjikan, pilih la pintu syurga mana-mana yang dia nak," katanya.


