HUBUNGAN tidak baik antara menantu dan mentua sering kali menjadi punca berlakunya masalah dalam sesebuah rumah tangga.
Perbezaan pendapat, campur tangan dan salah faham melibatkan mentua menyebabkan pasangan suami isteri sukar untuk sehati sejiwa seperti mana dialami wanita ini.
Menurutnya lagi, lebih menambah rasa sedih apabila ibu mentua bukan sekadar berkata buruk tentang dirinya tetapi sering memperkenalkan wanita baharu kepada suami.

Seorang ibu perlu memberi nasihat yang baik kepada anak menantu demi keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan AI
"Mak mentua aku suka cakap buruk pasal aku, sibuk carikan jodoh untuk suami aku dan sakan suruh ceraikan aku," luahnya di Thread.
Meskipun berkecil hati dengan tingkah laku dan sikap ibu mentuanya, namun dia memilih untuk bersabar dan menjaga rumah tangganya dengan baik.
Namun tanpa diduga, 'doa' yang sering dititipkan kepadanya menjadi realiti tetapi berbalik kepada dirinya sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Lepas dicerai talak tiga, wanita dekati bapa perosak rumah tangga... Cinta berputik di kota Makkah - “Kau kejam, aku lagi kejam!”
ARTIKEL BERKAITAN: “Luaran Muslimah, dalaman macam sundal!” - Ramai meluat tengok perangai makcik pejabat ‘flex’ diusik staf ‘pucuk muda’
"Tiba-tiba dua hari lepas dapat tahu yang ayah mentua aku dah menikah seorang lagi.
"Dua tahun dia diamkan (pernikahan) tanpa bagitahu ibu mentua aku," tambahnya lagi.
- Menantu dakwa mentua sering mengata dan suruh suami kahwin lain.
- Dia bertahan walau tak disukai mentua dan suami didesak bercerai.
- Terbongkar bapa mentua dah kahwin lain dua tahun lalu.
- Mentua mengamuk dan minta cerai pada usia 59.
- Netizen anggap itu kifarah dan balasan pada perbuatannya.
Rahsia yang terbongkar itu mencetuskan kemarahan ibu mentuanya sehingga dia nekad untuk bercerai pada usia 59 tahun.
"Ingatkan terpaling reda, dia minta nak cerai... pada masa ini aku rasa yang itu semua kifarah," tambahnya, sambil menginsafi setiap apa yang berlaku.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan campur tangan berlebihan dalam rumah tangga anak sering menjadi punca masalah.

Reaksi netizen.
Ada yang melihat situasi yang berlaku sebagai peringatan bahawa setiap perbuatan ada balasannya.
"Kifarah berlaku dengan sendirinya, kita tak perlu mendoakan keburukan orang lain yang sakiti kita.
"Gembira untuk awak sebab karma memang menggerunkan.
"Nanti berbaiklah dengan mak tiri tu, mesti dia lagi panas," demikian antara reaksi netizen.


