suria

Isteri berubah ‘selera’ lepas ada adik angkat, kerap bawa balik rumah... Suami terkejut jumpa ‘sesuatu’ dalam almari

Perselisihan faham adalah lumrah dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki mendakwa rumah tangga yang dibina selama 20 tahun mula retak selepas mengetahui isterinya menjalin hubungan rapat dengan seorang wanita.

Pada peringkat awal, lelaki itu mengakui tidak kisah apabila isterinya sering keluar bertemu dengan wanita yang didakwa sebagai adik angkat itu.

Namun, lama kelamaan hubungan pasangan yang mempunyai anak lima itu menjadi dingin dan sebaliknya isteri dengan adik angkat berkenaan semakin rapat dan mesra.

Hubungan sesama sejenis diharam dalam agama. -Gambar hiasan AIHubungan sesama sejenis diharamkan dalam agama. -Gambar hiasan AI

"Baru tahu yang isteri lesbian semenjak dia kenal seorang perempuan kat TikTok. Mula-mula saya tak kisah tapi lama kelamaan kerap keluar tanpa pengetahuan saya.

"Kadang-kadang angkut balik rumah. Anak saya kata kadang tu lepak dalam bilik berdua-duaan siap kunci pintu," luahnya di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pujuk suami kahwin lagi! Patutlah sporting benar madu tinggal serumah, tidur sebilik... Rupanya lesbian

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita salahkan krisis usia terjebak dunia lesbian, kini dihantui rasa bersalah sampai tak boleh tengok muka suami

Lebih mengejutkan, dia mendakwa pernah menemui alat sulit lelaki tiruan dan terus menimbulkan rasa curiga mengenai hubungan isterinya dengan wanita berkenaan.

"Saya pernah jumpa alat sulit lelaki palsu dalam almari dan kami kerap begaduh pasal perempuan tu tapi dia pertahan perempuan tu.

"Kami pun dah lama tak bersama. Seolah-olah dia dah tak bernafsu dengan saya. Katanya dah jemu, tak larat dan macam-macam alasan lagi," katanya.

  • Suami dakwa isterinya semakin rapat dengan wanita dikenali melalui TikTok.
  • Isteri didakwa kerap keluar dan berdua-duaan dalam bilik dengan wanita itu.
  • Lelaki itu menemui alat sulit tiruan, menambah curiga hubungan mereka.
  • Pasangan sudah lama tidak bersama, isteri beri pelbagai alasan.
  • Netizen nasihat suami kumpul bukti sebelum buat tindakan lanjut.

Perubahan sikap itu menyebabkan lelaki tersebut tertanya-tanya sama ada rumah tangga mereka sedang diganggu unsur sihir atau sebenarnya isterinya tertarik kepada jantina sejenis.

Sementara itu, warga maya menasihatkan lelaki terbabit agar mendapatkan bukti kukuh mengenai hubungan isterinya sebelum tindakan selanjutnya.

Reaksi warga maya mengenai permasalahan lelaki tersebut.Reaksi warga maya mengenai permasalahan lelaki tersebut.

"Menyakitkan simpan perempuan macam ni tapi sebelum tu cari bukti kukuh untuk tunjukkan dekat mahkamah nanti.

"Bang, nasihat aku ceraikan je. Aku ada pengalaman macam ni. Memang seksa nak ubah dia balik kepada fitrah asal.

"Kalau terkena sihir saya percaya sebab kakak saya pun macam tu. Perempuan tu letak itu ini sampai huru-hara rumah tangga," kata netizen.

Sebagai peringatan, hubungan sejenis merupakan perbuatan yang dilarang agama Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.

Artikel Lain