SEORANG wanita berkongsi taktik kotor segelintir peniaga yang sanggup mencampur bahan tidak sepatutnya ke dalam kuah laksa untuk menjadikannya lebih pekat.
Menurutnya, dia mengetahui perkara itu selepas kenalan ibunya menjual laksa menggunakan tisu gulung sebagai bahan rahsia untuk memekatkan kuah.
Dedahnya, kenalan ibunya itu menjalankan peniagaan di Selangor, namun telah berpindah selepas taktiknya diketahui pembeli.
Laksa antara makanan yang menjadi kegemaran sebahagian besar rakyat Malaysia. -Gambar hiasan
"Kuah laksa dia pekat likat. Orang ramai beli sebab pekat dan sedap. Rupanya dia masukkan tisu gulung putih tu. Apabila masuk dalam kuah, nampak macam isi ikan hancur.
"Dia blend dengan kuah sekali. Jadi hancur, macam cebisan isi ikan. Tapi nampak lah putih putih macam pelik. Banyak dah kes macam ni," kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga tak lokek kongsi cara masak kuah laksa sedap... Paling penting elak cepat basi!
ARTIKEL BERKAITAN: Kuah laksa busuk... Tetamu hilang selera, tuan rumah cuba terus muntah! Peniaga tak rasa bersalah, sibuk cari senduk hilang
Pendedahan wanita itu tidak mengejutkan bagi sebahagian netizen apabila mereka turut mendedahkan taktik yang sama pernah digunakan peniaga laksa di kawasan mereka.
"Pernah kena 15 tahun lepas kat tempat rekreasi paling top di Kuala Lumpur. Nak jadi cerita kita tenung laksa tu, tiba-tiba nampak macam ada huruf.
- Wanita dedah ada peniaga campur tisu gulung dalam kuah laksa untuk jadikan lebih pekat.
- Peniaga dikatakan blend tisu hingga nampak seperti isi ikan hancur.
- Netizen kongsi pengalaman pernah jumpa cebisan surat khabar dalam laksa.
- Ada pembeli terus berhenti makan selepas menemui benda mencurigakan dalam kuah.
- Warga maya cadang guna sengkuang sebagai pemekat semula jadi, lebih selamat.
"Kuis-kuis sekali nampak surat khabar, terus berhenti makan," katanya.
Seorang lagi netizen turut mendakwa terjumpa cebisan surat khabar di dalam kuah laksa yang dijual berhampiran rumahnya.
Reaksi warga net mengenai laksa.
"Saya selalu beli laksa dia sebab anak suka tapi dua kali jumpa cebisan surat khabar. Terus sampai sekarang tak beli dah," katanya.
Sementara itu, warga net memaklumkan peniaga boleh menggunakan sengkuang sebagai bahan semula jadi untuk menjadikan kuah lebih manis dan pekat tanpa mengorbankan keselamatan pelanggan.
“Kalau nak jimat ikan tapi nak kuah pekat, masukkan sengkuang. Blend halus dan rebus lama. Kuah jadi lebih sedap dan sihat,” katanya.


