suria

“Entah-entah gaji kau lagi kecil!” - Ramai bersuara, meluat hadap sikap staf butik mewah suka ‘scan’ pelanggan tak bergaya

Pengalaman kurang enak dek layanan dingin pekerja menjadi sebab pelanggan serik untuk mengunjungi premis tersebut pada masa hadapan. -Gambar hiasan AI

TIDAK dinafikan ada segelintir individu yang cenderung menilai seseorang berdasarkan penampilan luaran semata-mata.

Berdepan dengan situasi sama, seorang wanita berkongsi pengalaman kurang enak ketika mengunjungi butik barangan berjenama mewah di sebuah pusat beli-belah kerana mahu mendapatkan tas tangan baharu.

Menurut wanita tersebut, dia yang hanya berpenampilan sempoi diberi layanan acuh tidak acuh oleh beberapa kakitangan butik, seolah-olah tidak layak masuk ke premis berkenaan.

Pekerja di premis barangan atau makanan perlu bersikap profesional ketika melayani pengunjung. -Gambar hiasan AI

"Masuk satu butik ni, rasa hina ye diri ini, sedih! Ada seorang staf tu dia layan dengan baik. Macam-macam design dia tunjuk. 

"Masa aku pusing ke belakang, ada staf lain pula scan aku daripada atas hingga bawah ya. Iyalah aku ni pakai beg buruk, baju biasa tak ada style, tolak stroller murah.

"Kawan aku excited nampak jam, dia saja tengok-tengok masa si seller berkenaan tengah explain pada customer lain. Tapi seller tu macam halang. Seolah-olah tak bagi tengok," tulisnya dalam satu hantaran di laman Threads. 

ARTIKEL BERKAITAN: 'Promoter' butik geli sentuh tangan rider, ambil makanan guna hujung jari sambil buat muka jijik

ARTIKEL BERKAITAN: Walau tak pernah beli apa-apa, jurujual semangat layan makcik masuk butik... Malangnya dikutuk mulut becok!

Ujarnya, dia dan rakannya langsung tidak menyentuh barangan yang dipamerkan sesuka hati, namun tetap mendapat pandangan sinis beberapa staf butik tersebut.

Biarpun membuat pembelian, layanan kurang mesra terhadapnya tetap ketara sekali gus membuatkan dia rendah diri.

"Masa seller tu packed bag yang aku beli, sikit pun dia tak senyum. Muka tegang sangat-sangat," tulisnya lagi.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman kurang enak apabila diberi layanan acuh tak acuh di butik jenama mewah kerana penampilannya yang sempoi.

  • Wanita tersebut disambut baik oleh seorang staf Cina, tetapi layanan oleh staf Melayu kurang mesra.

  • Walaupun tidak menyentuh barangan, mereka tetap mendapat pandangan sinis daripada beberapa staf butik tersebut.

  • Layanan buruk tetap ketara walaupun wanita itu membuat pembelian.

  • Warga maya mengecam sikap pekerja butik yang angkuh dan berkongsi pengalaman serupa.

Biarpun sedikit kecewa, wanita tersebut berkata dia amat menghargai sikap dua lagi kakitangan butik tersebut yang memberikan layanan baik dan profesional.

"Dah sebulan kot berlalu tapi sampai sekarang masih terasa. Dah la saya ni jenis tak berani nak masuk butik mahal-mahal," kongsinya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam sikap pekerja di butik berkenaan yang angkuh dan tidak profesional kerana memberikan layanan double-standard kepada segelintir pelanggan.

Netizen berkongsi pengalaman masing-masing.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman serupa hingga membuatkan mereka memboikot kerana serik dengan layanan 'pilih bulu' oleh pekerja.

"Berlagak gila. Kau pun tolong jual beg je nak judge orang... geramlah!

"Tak payah nak rasa hina sis, dia dok scan awak atas bawah itu dia punya pasal. Dia kerja pembantu butik je pun.

"Padahal perkerja je pun, bukan owner. Entah-entah gaji kau lagi kecil daripada pelanggan yang dipandang hina tu," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain