Kegagalan menghasilkan solekan yang diingini boleh menyebabkan seseorang berasa kurang yakin terhadap penampilan diri. -Gambar hiasan AI
SETIAP kali tibanya musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, ramai yang sudah merancang awal penampilan mereka, daripada pakaian sedondon sehinggalah solekan yang ingin digayakan.Maklumlah pada pagi raya, saat berkumpul bersama keluarga serta bergambar kenangan menjadi antara momen paling dinanti-nantikan. Sudah tentulah mahu tampil cantik dengan solekan yang kemas dan ‘flawless’.Namun begitu, ramai wanita yang berdepan masalah solekan kelihatan ‘capuk’, tebal atau ‘cakey’ walaupun sudah menggunakan pelbagai produk mekap.Menurut perkongsian seorang wanita, @ekajuliyanaa di media sosial, masalah tersebut sebenarnya sering berlaku kerana teknik yang kurang tepat ketika bersolek.Menurutnya, lapan teknik berikut dapat membantu mengatasi masalah berkenaan di pagi raya. 1. Buang kulit mati (exfoliate)Jika permukaan kulit kasar atau dipenuhi whitehead, mekap akan kelihatan menggerutu kerana foundation sukar ‘duduk’ dengan baik pada kulit yang tidak rata.Tipnya, lakukan proses exfoliate sekitar dua hingga tiga kali seminggu bagi membuang sel kulit mati supaya foundation boleh ‘meluncur’ dengan lebih cantik pada kulit.2. Pakai sheet maskMenggunakan sheet mask sama ada pada malam sebelum atau pagi sebelum bersolek juga boleh membantu menghasilkan kemasan mekap yang lebih cantik.Ini kerana kulit yang cukup hidrasi merupakan kunci utama untuk mendapatkan hasil solekan yang kelihatan semula jadi seperti kulit asli.Kulit yang cukup hidrasi merupakan kunci utama untuk mendapatkan hasil solekan yang cantik. -Gambar hiasan AI3. Wajib pakai primerPrimer memainkan peranan penting untuk meratakan permukaan kulit sebelum memakai mekap.Disarankan untuk memberi fokus pada kawasan T-zone seperti dahi dan hidung kerana bahagian tersebut lebih mudah berminyak dan boleh menyebabkan solekan cepat luntur apabila berpeluh.4. Gunakan teknik ‘dab-dab’Ketika menyapu foundation atau concealer, elakkan menyeret berus atau beauty blender pada wajah.Sebaliknya, tepuk perlahan-lahan (dab) supaya produk dapat meresap dan tersebar secara sekata ke dalam kulit.5. Sapuan foundation nipisRamai beranggapan menggunakan foundation tebal dapat menutup parut atau jerawat dengan lebih baik.Namun sebenarnya teknik tersebut boleh membuatkan mekap mudah merekah, terutamanya ketika bercakap atau tersenyum.Sebaiknya, sapukan satu lapisan nipis terlebih dahulu dan tambah concealer pada bahagian yang memerlukan.6. Tunggu skincare meresap terlebih dahuluSelepas memakai pelembap atau pelindung matahari, jangan terus menyapu foundation.Sebaliknya, tunggu sekurang-kurangnya dua hingga tiga minit bagi memastikan produk penjagaan kulit tersebut benar-benar meresap dan kering sebelum memulakan solekan.7. Picit foundation di belakang tanganSatu lagi teknik yang sering digunakan oleh jurusolek profesional adalah memicit foundation di belakang tangan terlebih dahulu.Produk tersebut kemudian disapu sedikit bagi ‘memanaskan’ teksturnya dengan suhu badan sebelum ditepuk perlahan ke wajah.Cara ini membantu foundation menjadi lebih cair dan mudah 'blend' ke dalam pori.8. Sembur setting spray sebelum dan selepas mekapLangkah terakhir yang tidak kurang penting adalah menggunakan setting spray.Teknik ini sering digunakan oleh jurusolek profesional kerana ia membantu ‘mengunci’ solekan dari awal hingga akhir, sekali gus membuatkan mekap mampu bertahan sehingga berjam-jam.