suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rambut dah tak gugur, kulit kepala pun kurang gatal! Mudah jer rupanya buat tonik untuk ‘mahkota’ wanita

Rosemary digunakan sebagai petua untuk menghasilkan tonik bagi melebatkan rambut. -Foto IG Puterikasim

ROSEMARY merupakan antara herba yang popular dalam masakan, terutama untuk menambah aroma dan rasa pada daging, ayam, ikan, atau hidangan panggang.

Selain kegunaannya dalam masakan, rosemary juga terkenal kerana khasiat lain, termasuk digunakan dalam aromaterapi, produk penjagaan kulit, teh herba, dan minyak pati. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan salah minyak wangi, tapi ‘dalaman’ tak segar... Minum air rebusan tiga bahan ini, masalah bau badan selesai!

Namun tahukah anda, rosemary juga boleh membantu melebatkan rambut dengan hanya beberapa langkah mudah?

Jom kita cuba petua melebatkan rambut sebagaimana perkongsian pelayar Instagram, Puteri Kasim:

1) Sediakan kira-kira segenggam daun rosemary

2) Panaskan 500 ml air dalam periuk

3) Masukkan daun rosemary dan biar hingga mendidih

4) Tapis dan ambil air sahaja, masukkan dalam botol penyembur kecil

5) Sedia untuk digunakan, hanya perlu sembur ke kulit kepala dan urut agar tonik sebati. Boleh simpan dalam peti sejuk 

Manfaat tonik rosemary:

- Menguat dan melebatkan rambut

- Menghilangkan kelemumur

- Menggalakkan pertumbuhan anak rambut

- Mengurangkan kegatalan kulit kepala

Artikel Lain