suria
mStar - Urban.Versatil

Bukan salah minyak wangi, tapi ‘dalaman’ tak segar... Minum air rebusan tiga bahan ini, masalah bau badan selesai!

Tiga bahan ini dapat menjadikan badan lebih wangi dan menyegarkan nafas. -Foto Jezzy Amora

SESIAPA sahaja mengimpikan badan sentiasa berbau harum walaupun tanpa memakai minyak wangi.

Ramai beranggapan penggunaan losyen wangi dapat membantu mengharumkan tubuh, namun hakikatnya ia tidak tahan lama.

Untuk pengetahuan anda, tubuh akan kekal wangi sepanjang masa apabila bahagian 'dalaman' dijaga rapi seperti dikongsikan Jezzy Amora di Facebook.

Menurutnya, tiga bahan utama dapur ini bukan sahaja mewangikan tubuh malah memberikan kesegaran pada nafas.

Memang sesuai diamalkan sepanjang bulan Ramadan supaya nafas anda kekal segar sentiasa!

Bahan-bahan

1. Cengkih

2. Kulit kayu manis

3. Halia

Air limau nipis dan madu menambahkan keenakan pada rasa air rebusan tadi. -Foto Jezzy Amora

Air limau nipis dan madu menambahkan keenakan pada rasa air ramuan tadi. -Foto Jezzy Amora

Cara penyediaan

1. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih.

2. Tuangkan ke dalam gelas dan biarkan seketika sehingga suam.

3. Tambahan sedikit perahan limau nipis dan madu untuk memberi keenakan pada rasa.

4. Amalkan meminumnya setiap malam, bagi mendapat kesan yang diingini.

Artikel Lain