suria
mStar - Urban.Versatil

Wanita kongsi 3 teknik cantikkan kulit guna buah keras, muka kusam terus 'glow up'

Bahan di dapur juga boleh membantu merawat cela pada wajah. -Gambar hiasan AI

DALAM keghairahan mencuba pelbagai produk penjagaan kulit di pasaran, ramai sebenarnya terlepas pandang petua tradisional yang sudah lama diamalkan orang dulu-dulu.

Malah ramai tidak menyangka, bahan dapur yang sering digunakan untuk masakan turut menyimpan rahsia kecantikan wajah. 

Salah satunya ialah buah keras, bahan dapur ringkas yang sering dijadikan penambah lemak dalam kari. 

Menerusi gabungan bahan semula jadi lain seperti kunyit dan beras, petua berasaskan buah keras ini dikatakan mampu membantu mengatasi masalah kulit kusam, kering dan tidak bermaya jika diamalkan secara konsisten.

Berikut dikongsikan beberapa cara mudah menggunakan buah keras sebagai masker dan skrub wajah seperti perkongsian Shila Mazeli di Facebook.

Sesuai diamalkan buat mereka yang inginkan kulit sihat, licin dan berseri tanpa perlu ke pusat kecantikan.

Buah keras mempunyai khasiat dan manfaat untuk kulit wajah. -Foto Facebook Shila Mazeli

Buah keras mempunyai khasiat dan manfaat untuk kulit wajah. -Foto Facebook Shila Mazeli

1) Sebiji buah keras dan air

Campuran ini dapat melembapkan kulit wajah anda kerana minyak semula jadi dalam buah keras membantu menjadikan kulit kering kembali lembap.

Paling penting, kulit wajah turut tegang jika anda menggunakannya secara berterusan.

Bukan itu sahaja, kulit tampak lebih anjal dan sihat.

Penyediaan:

1. Tumbuk buah keras hingga lumat.

2. Campurkan dengan sedikit air untuk dijadikan pes.

3. Sapukan pada wajah sebagai masker.

4. Biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum bilas.

2) Sebiji buah keras, kunyit dan susu pekat

Kunyit terkenal dengan sifat anti radang dan anti bakteria.

Gabungannya dengan buah keras dapat membantu mengurangkan jerawat dan keradangan pada kulit wajah.

Tambahan susu pekat pula boleh membantu mencerahkan wajah kerana kandungan laktosa dapat melembutkan dan mencerahkan kulit.

Apa yang menarik, kombinasi bahan ini menjadikan kulit lebih licin dan berseri.

Penyediaan:

1. Buah keras dan kunyit ditumbuk halus.

2. Campurkan dengan sedikit susu pekat untuk dijadikan masker.

3. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 minit atau sehingga kering, kemudian bilas.

4. Uji sedikit pada kulit tangan terlebih dahulu kerana susu pekat boleh menyebabkan iritasi pada sesetengah individu.

Wajah lebih cerah dan tona sekata jika menjadikannya rutin harian. -Gambar hiasan AI

Wajah lebih cerah dan tona sekata jika menjadikannya rutin harian. -Gambar hiasan AI

3) Sebiji buah keras, beras yang direndam dan kunyit

Beras merupakan bahan semula jadi yang sering digunakan sebagai agen pengelupasan dan pencerah kulit sejak zaman dahulu.

Gabungannya dengan kunyit dipercayai dapat membantu memudarkan parut dan tona tidak sekata.

Lebih menarik apabila ia turut melicinkan wajah anda seolah-olah menggunakan retinol.

Penyediaan:

1. Beras direndam semalaman, kemudian ditumbuk halus bersama buah keras.

2. Gaulkan bersama kunyit hingga sebati.

3. Jadikan kombinasi ini seperti pes dan sapu sebagai skrub wajah.

4. Biarkan seketika, kemudian bilas sambil digosok perlahan-lahan.

Artikel Lain