SEORANG pemuda tampil berkongsi pandangan jujur mengenai penampilan lelaki, khususnya mereka yang sudah mencecah usia 30-an tetapi masih bujang.Dalam perkongsian berbentuk 'man to man' itu, dia mengakui secara terbuka bahawa rupa paras bukanlah kelebihan utama dirinya. Namun menurutnya, faktor itu bukan alasan untuk dia terus tenggelam dalam rasa rendah diri.“Aku pun tak handsome. Sama macam kau. Tapi kenapa aku laku? Sebab aku berani,” katanya.Bercukur boleh menjadikan lelaki kelihatan lebih kemas. -Gambar hiasan AIDia berkata demikian bagi membalas hantaran seorang lelaki yang meminta pandangan netizen mengenai paras rupanya, selain masih bergelar bujang walaupun sudah berusia 30-an.Menjawab kebimbangan lelaki itu, pemuda tersebut menjelaskan kunci utama bukan terletak pada wajah atau bentuk badan semata-mata, sebaliknya pada keberanian untuk berubah dan menjaga penampilan asas.Antara perkara yang ditekankan ialah mengemas kini gaya diri seperti menukar cermin mata, mencukur misai dan mengamalkan 'clean shave' setiap hari."Pemilihan pakaian juga memainkan peranan penting, elakkan baju-T tanpa kolar yang membuatkan penampilan kelihatan kebudak-budakan, sebaliknya memilih baju berkolar agar tampak lebih matang dan kemas."Bukan itu sahaja, gaya membawa beg dan aksesori juga tidak terkecuali. Beg jangan silang. Pegang saja beg. Pakai jam besi. Nampak lebih maskulin,” katanya.Dari segi gaya rambut, dia menyarankan lelaki yang memiliki bentuk kepala lonjong atau bujur supaya menyesuaikan gaya sama ada memakai topi atau mengikat rambut agar tampak lebih seimbang.Namun, dia mengingatkan bahawa perubahan tersebut bukan jaminan untuk menjadi kacak luar biasa atau terus menarik perhatian ramai wanita.“Kau akan jadi handsome ke lepas buat semua ni? Tak. Kau kurus pun belum tentu handsome,” ujarnya.Sebaliknya, perubahan itu akan membuatkan seseorang kelihatan lebih kemas, yakin dan berkarisma sehingga orang sekeliling akan mula memandang dua kali.