suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yusof Haslam belum mahu pencen, takut bosan duduk rumah... Masih giat kerja pada usia 72 tahun

Yusof Haslam tetap bekerja meskipun berusia 72 tahun.

PENERBIT dan pengarah Datuk Yusof Haslam belum mempunyai sebarang perancangan untuk bersara daripada industri seni selagi masih dikurniakan kudrat dan kesihatan baik.

Yusof, 72, berkata, dia pernah terfikir untuk berehat pada usia 60 tahun, namun hasrat tersebut dibatalkan kerana bimbang berasa bosan, selain masih menerima tawaran daripada stesen televisyen. 

“Dulu saya pernah fikir mahu berhenti pada usia 60 tahun, tetapi bila fikir-fikir balik saya rasa akan jadi bosan. Kemudian saya tangguh mahu berhenti pada usia 70 tahun, pun tidak berhenti juga.

Yusof pernah terfikir untuk berehat pada usia 60 tahun. 

“Sebenarnya saya tidak berhenti kerana tawaran program sentiasa bersambung-sambung. Stesen televisyen masih meminta saya hasilkan drama, daripada zaman Gerak Khas sampailah sekarang projek Peronda.

“Selagi ada rezeki dan peluang yang diberikan Tuhan, saya teruskan sahaja. Isteri saya bising juga.  Ada satu sudut di hujung bilik memang khas untuk saya buat skrip sampai larut malam. Kadang-kadang bila dia bangun tidur atau bangun waktu azan subuh, dia nampak saya masih di situ.

“Tetapi bagi saya, semangat saya masih kuat. Saya ambil contoh pemimpin kita seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih memimpin negara ketika usia menghampiri 80 tahun, begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mentadbir dulu. Mereka masih kuat,” katanya kepada mStar ketika program tribute sempena Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25) di Finas, Ulu Klang, Ampang pada Khamis. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak payah merayu, sudah terlambat” - Yusof Haslam gugurkan Inspektor Gerak Khas 2.0 terlibat dadah 

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam hidupkan semula Gerak Khas bukan guna 'kabel'

Bercerita mengenai rutin kerja di sebalik tabir, Yusof berkata dia sehingga kini masih meneliti dan merombak skrip drama terbitan syarikat produksinya. 

“Orang lain ada hantar skrip kepada saya, tetapi skrip itu saya terpaksa olah balik bersama pasukan saya. Kebanyakannya hantar skrip mengikut gaya mereka, ceritanya 90 peratus drama biasa dan elemen polisnya cuma 10 peratus sahaja.

“Jadi kita ambil bahagian yang boleh dipakai, kemudian kita olah dan suntik elemen yang betul. Proses mengolah ini bukan senang. Ada yang saya olah sendiri dan jika ada bahagian yang nampak sangat kritikal, saya akan panggil kawan-kawan dari Bukit Aman atau rakan-rakan polis untuk duduk berbincang bersama” jelasnya.

Yusof berserah sekiranya legasi drama kepolisannya tidak diteruskan. 

Menyentuh mengenai masa depan drama kepolisan yang diterajuinya hampir tiga dekad, Yusof tidak menolak kemungkinan bahawa legasi berkenaan bakal berakhir sekiranya dia sudah menutup mata.

Yusof berkata dia berlapang dada menerima hakikat sekiranya tiada sesiapa yang menyambung legasinya itu kerana sedar bahawa anak-anaknya tidak mempunyai minat untuk menggalas komitmen tersebut. 

“Rasa-rasa (legasi itu) boleh jadi tiada. Saya rasa memang tiada,” ujarnya.

Artikel Lain