suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya dianggap pencipta kandungan, Badron Munirah mahu baiki mutu lakonan

Badron bersyukur kerana terus mendapat kepercayaan dalam dunia lakonan.

PELAKON Badron Munirah memberitahu pernah berdepan kesukaran untuk membawakan watak dalam sebuah karya romantik komedi ketika awal pembabitannya dalam industri seni.

Kata Badron atau Mohammad Nur Badron Munirah Rio Abdillah, 27, kegagalan menjiwai watak memberi satu tamparan hebat buatnya.

"Waktu awal masuk industri diberi kepercayaan bawa naskhah romantik komedi. Saya benar-benar gagal. Berbulan-bulan rasa down, berbulan-bulan juga cari diri semula.

Badron tidak pernah mengalah untuk terus usaha perbaiki mutu lakonan. 

"Bukan suatu yang mudah, namun saya mampu hadapi," katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Mula dikenali sebagai seorang pencipta kandungan, Badron juga tidak dapat lari daripada persepsi segelintir pihak yang menganggap dia hanya mampu berlakon untuk kandungan media sosial.

Malah lebih menyedihkan lagi apabila ada pula yang membuat perbandingan dirinya dengan pelakon lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tinggi dan kacak tak janjikan apa-apa” - Badron Munirah tidak peduli fizikal tubuh rendah, lebih utamakan bakat 

ARTIKEL BERKAITAN: Badron Munirah seronok jadi ‘provider’ keluarga, akui raya di Sarawak paling meriah

"Macam-macam sampai ke telinga. 'Ini baru hero, tinggi', sambil bandingkan saya dengan lelaki itu.

"Kau jatuhkan aku tiga kali, aku bangun empat kali," luahnya.

Badron kini antara pelakon muda yang semakin mendapat perhatian. 

Terbaharu, Badron tampil dalam sebuah drama berjudul Diam Diam Jatuh Cinta yang diharapkan dapat membuktikan kemampuannya dalam dunia lakonan.

"Peluang besar untuk saya tebus balik silap dahulu. Terima kasih kerana beri kepercayaan, anda tahu siapa anda," kongsinya.

Artikel Lain