suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tinggi dan kacak tak janjikan apa-apa” - Badron Munirah tidak peduli fizikal tubuh rendah, lebih utamakan bakat

Badron tidak kisah dengan fizikalnya yang kurang ketinggian.

PELAKON Badron Munirah beranggapan rupa paras yang kacak serta memiliki pakej ketinggian ideal tidak menjanjikan apa-apa sekiranya seseorang itu gagal menunjukkan mutu lakonan yang hebat.

Tidak mahu terlalu memikirkan kekurangan fizikalnya, Badron atau nama sebenarnya Mohammad Nur-Badron Munirah Rio Abdillah, 27, memilih untuk memberikan tumpuan kepada kekuatan lakonannya untuk bertahan dalam bidang seni.

“Tapi saya pegang satu benda, kalau kau tinggi macam mana pun, kacak, ada pakej tapi kalau lakonan tak boleh pergi, tak ada guna juga.

Badron berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Sebab itu tak ada guna untuk saya meratapi kependekkan diri ini. Kita nak jadi pelakon, fokuslah dengan lakonan. Jangan nak jadi pelakon semata-mata nak kacak sahaja.

“Tinggi dan kacak itu semua bonus bagi saya. Apa yang boleh buat saya bertahan lama adalah bakat. Niat kita adalah untuk buat perkara yang kita suka iaitu berlakon,” katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai keyakinan dirinya, Badron mendedahkan dia sudah lama bergelut dengan isu ketinggian sejak di bangku sekolah lagi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Badron Munirah seronok jadi ‘provider’ keluarga, akui raya di Sarawak paling meriah

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengaku saudara lepas nama dikenali, Badron Munirah elak beri pinjam duit… Tidak mahu tagih hutang kemudian hari

Malah, Badron mendedahkan dia pernah ditolak produksi gara-gara fizikalnya yang rendah. 

“Sebelum ini saya pernah pergi uji bakat dan disenarai pendek dua finalis untuk dipilih menjadi hero bagi satu siri, tetapi saya tak terpilih disebabkan ketinggian saya.

Badron tidak menganggap ketinggiannya sebagai satu kelemahan. 

“Tetapi saya tak rasa didiskriminasi pun sebab faham setiap naskhah ada keperluan berbeza. 

“Ada cerita memerlukan pelakon tinggi dan ada yang memerlukan orang rendah, jadi saya langsung tidak ambil hati,” jelasnya.

 

Artikel Lain